Rabu, 24 Februari 2010

Demi Masa (raihan)

Raihan antara kumpulan vokal yang amat saya minati hingga kini. Walaupun telah kehilangan "otai" iaitu Nazrey Johani yang bergerak secara solo (melaksanakan misi membangunkan sekolah tahfiz di Sabah), Raihan masih lagi bergerak hingga kini.

Lagu kumpulan Raihan antara lagu yang paling sukar untuk kumpulan kami dendangkan, lebih-lebih lagi menggunakan alat muzik perkusi dan secara acapella. Vokal latar harmoni dan 3rd membuatkan saya pening kepala (kadang-kadang sampai ada rasa hendak muntah berlatih)


Baca artikel penuh...

Ahad, 7 Februari 2010

Rapat dan luruskan saf!!


Saya agak sedih dan kasihan setiap kali imam di masjid menyebut dan mengingatkan tentang saf solat sebelum menunaikan solat. Majoriti jemaah (tidak kira tua, muda, besar, kecil) seolah-olah tidak mendengar apa yang diungkapkan oleh imam di hadapan.

Saya tidak mengatakan semua tempat begitu, tetapi kebanyakan masjid atau surau yang saya kunjungi, seringkali saya jumpa perkara yang sama. Saya kira ramai yang bersetuju dengan kenyataan ini.

Anda boleh lihat sendiri keadaan saf semasa solat jemaah atau solat jumaat sekalipun. Masih ramai diantara kita apabila bersolat, tidak tahu bagaimana cara untuk melurus dan merapatkan saf semasa berjemaah. Walhal perkara ini sangat-sangat dituntut oleh agama.

Rasulullah s.a.w dan para sahabat sangat mementingkan saf solat. Lurus dan rapatnya saf dalam solat dari segi yang lain boleh menggambarkan ukhwah dan disiplin kita di dalam solat.

Pada zaman Rasulullah dan para sahabat, mereka yang pergi berjihad/berperang dituntut untuk menjaga kesempurnaan solat, termasuklah dalam hal meluruskan dan merapatkan saf.

Kita hari ini?

Saya berpendapat ramai dalam kalangan kita tiak cukup ilmu berkenaan dengan solat. Sebab itu hal yang mudah seperti merapat dan meluruskan saf pun sukar hendak dilaksanakan. Tambah buruk apabila ada pakcik atau makcik yang berdegil dan tunjuk pandai tidak mahu betulkan saf. Dimarah pula kepada yang menegur mereka...Astaghfirullah...

Tambah sedih apabila solat dilakukan selepas ceramah disampaikan oleh penceramah. Topik ceramah sangat hebat, berkenaan kesatuan umat Islam! Penceramah menerangkan perlunya umat Islam bangkit dan bersatu padu menentang musuh Islam. Cukup Hebat! Tapi bagaimana umat Islam mahu bersatu hati. Saf dalam solat berjemaah pun bengkok-bengkok dan renggang! Sungguh memalukan.

Mudah sahaja membetulkan saf. Buku lali kita selari (sebaris) dengan jemaah disebelah kita. Bahu bertemu bahu, kaki menyentuh kaki. Seperti dalam gambar di bawah.


Apa yang seringkali saya lihat, sudahlah kaki tak rapat, bahu juga jauh tidak bersentuhan dengan orang disebelah. Malah ada ketikanya ruang kosong yang ditinggalkan muat diisi oleh seorang lagi jemaah!

"Ape hal nak rapat-rapat sangat ni??!!!" antara ayat yang pernah dilontarkan kepada seorang insan yang cuba merapatkan saf.

Solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Solat juga melatih umat Islam supaya berdisiplin. Tapi adakah kualiti solat yang sebegini mampu menjadikan kita terhindar daripada kemungkaran?


Baca artikel penuh...

Angkat telefon..!!


Saya tidak gemar mengangkat panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali. Ditambah lagi dengan sikap pemanggil yang boleh dikatakan agak biadap dan tidak beretika (walaupun sahabat sendiri).

Rasanya kebanyakan kita pun tidak gemar perkara ini berlaku pada diri kita.

Tidak ada masalah jika yang menghubungi dan mahu bergurau itu rakan yang kerap dihubungi atau memang kita kenal. Tetapi yang menjadi masalah, sudahlah nombor tak tahu siapa, bila angkat bergurau tak fikir orang, salam tidak diberi, suara seakan menjerit. Dalam pemerhatian saya, orang ini saya anggap sangat kurang ajar.

Saya : Hello, Assalamualaikum.

Pemanggil : Hoi poji! Wei. (dengan suara yang sangat menyakitkan hati)


Saya : Hello.....(pura-pura tak dengar)

Pemanggil : Woi! Kau dengar ke tak!


Penyelesaian masalah seperti ini, hanyalah menekan butang memutuskan talian. Telefonlah berpuluh kali pun, jika nombor yang sama muncul, tidak akan dilayan langsung.

Kepada sahabat yang terkena dan terasa hati, minta maaf banyak-banyak. Telefon aku, aku punya suka la! Memang malas melayan orang tak beretika sebegitu.
Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...