Selasa, 29 Disember 2009

Merokok

Sahabat saya Ustaz Margono dari Indonesia menunjukkan kepada saya klip video di bawah. Agak lucu juga, terutama apabila dipertontonkan kepada mereka yang merokok.




Baca artikel penuh...

Khamis, 17 Disember 2009

Nazrey Johani Tour de Tahfiz

Saya secara tidak sengaja terjumpa perkara ini di website Inteam. Nazrey Johani, artis nasyid yang tidak asing lagi sedang berusaha membangunkan sebuah pusat tahfiz di negeri kelahiran beliau iaitu Sabah. Konsert ini adalah konsert sulung untuk tujuan pembangunan sekolah tahfiz tersebut.

http://nazreytahfizsyahadah.blogspot.com/

Alhamdulillah saya sempat menghadirkan diri ke konsert ini semalam ( hari Rabu 16.12.09 ) yang bertempat di UIA Gombak. Sempat juag berjumpa dengan seorang sahabat lama Encik Najib Rahmat (bakal kaunselor).

Nazrey Johani adalah antara penyanyi yang saya minati suaranya sejak beliau menganggotai kumpulan The Zikr lagi. Pada malam itu juga beliau menjelaskan usaha untuk membangunkan sekolah tahfiz ini adalah sebab beliau meninggalkan kumpulan Raihan. Beliau mahu memberikan fokus terhadap usaha beliau ini. Menurut Nazrey, beliau telah mengembara ke 2/3 dunia bersama-sama dengan Raihan, namun keadaan dan perkembangan Islam di negeri kelahirannya sendiri amat-amat menyedihkan.

"kes murtad di sana bukan seorang, bukan dua orang, bukan satu keluarga tuan-tuan.....Tapi sudah tahap satu kampung beramai-ramai MURTAD"

Di akhir konsert, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan konsert ini kerana bersungguh-sungguh membantu usahanya kali ini. Menurut beliau mereka yang bekerja keras menjayakan konsert ini memberikan sumbangan secara percuma! Reka bentuk dan pelan sekolah tahfiz itu juga adalah sumbangan secara sukarela (jika diikutkan harga pasaran, abg Nazrey menganggarkan tak kurang daripada RM 15 ribu perlu dikeluarkan hanya untuk pelan itu sahaja)

" saya tak janjikan apa-apa kepada mereka. Saya cuma kata - adik boleh tolong abang tak, abang nak buat konsert untuk sekolah tahfiz - mereka cakap boleh, sedikit pun tak minta apa-apa daripada saya. Moga semua ini diberi ganjaran oleh Allah kelak..."

Mereka yang menjayakan persembahan pada malam itu ialah Algebra, Nice, Inteam dan Nazrey Johani. Persembahan Nazrey semestinya ditunggu dan sememangnya tidak mengecewakan. Kumpulan inteam juga hebat walaupun bertiga. Alunan suara merdu Hazamin berjaya menarik perhatian penonton malam itu. Kumpulan Nice pula, saya kurang meminati kumpulan itu (no komen ye)

Tetapi saya agak teruja dengan kumpulan Algebra dengan lagu "Aku Rela". Pada awalnya saya menyangka kumpulan ini sama saja dengan kumpulan nasyid yang lain (muzik ala-ala jiwang dan suara biasa-biasa saja). Namun akhir persembahan mereka, saya menarik semula kata-kata saya. Muzik rancak, senikata yang baik (ditulis oleh bekas mufti Perlis) dan suara vokalis yang bertenaga berjaya menghangatkan malam itu. Memang sesuai kumpulan ini membuat persembahan pembukaan.

Mereka cuma bertiga malam itu.

Konsert Tour de Tahfiz ini akan diteruskan lagi. Konsert yang seterusnya akan diadakan di KUIS pada bulan Januari 2010. Mari beramai-ramai ke sana pula.
Baca artikel penuh...

Selasa, 1 Disember 2009

Peniaga Bumiputra Melayu?

Minggu lalu sempat berjalan-jalan di negeri Melaka. Ada kenduri sahabat yang perlu diziarahi beserta jemputan nasyid (lama tak menyanyi). Sehari sebelum itu sempat mengikut Ecik Fadly melihat Ekspo Pengguna yang diadakan di MITC Melaka. Walaupun pada sebelah malam, dewan MITC yang besar itu penuh sesak dengan orang ramai yang hadir. Berpuluh-puluh gerai atau "booth" dibuka oleh peniaga yang kebanyakannya berniaga di sekitar Melaka.

Namun sesiapa yang berkunjung ke sana, pasti setuju dengan pendapat saya ; ramai orang CINA. Tak tahu ke mana hilangnya peniaga melayu. Majoriti syarikat yang membuat pameran di sana dimiliki oleh peniaga berbangsa Cina. Melayu ramai sekadar menjadi pekerja. Pengunjung pun ramai yang berbangsa Cina. Sukar benar melihat muka Melayu di MITC tempoh hari.

Bukan nak membangkitkan hal perkauman. Tetapi daripada senario yang dilihat, ternyata perniagaan di Malaysia dikuasai oleh bukan Melayu...Satu hakikat yang sangat menyedihkan.

Barangan perabot, keperluan dapur, minuman, makanan kesihatan, barangan elektronik dan pelbagai lagi barang keperluan pengguna, dimonopoli oleh peniaga bukan Melayu.

Adakah sewanya terlalu mahal? Tak tahulah....
Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...