Ahad, 24 Mei 2009

Gunakan bakat ke jalan yang betul....?

Setiap manusia dijadikan oleh Allah dengan keistimewaannya yang tersendiri. Manusia itu unik. Jika semua manusia mempunyai kebolehan dan kepandaian yang sama, memang bosan dan tidak berseri-seri hidup ini. Allah jadikan kita berbeza bangsa, warna kulit, berbeza bahasa supaya kita berkenal-kenalan antara satu sama lain. Bukan rupa paras yang menjadi ukuran. Tetapi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah..

Bakat dan kelebihan dan anugerah yang dikurniakan kepada kita itu adalah salah satu nikmat daripada Allah. Oleh itu perlu digunakan sebaiknya. Paling penting, gunakan kelebihan itu untuk mencari keredhaanNya, bukan mengundang kemurkaanNya. Wajarkah nikmat yang diberikan kepada kita digunakan untuk memungkiriNya?

Apa bakat diri anda?

Ada yang berbakat berceramah. Tutur katanya indah, mampu menarik perhatian mereka yang mendengarnya. Gunakan kelebihan itu untuk menarik pendengar kepada kebenaran. Gunakan untuk menjelaskan kekeliruan dan kecelaruan yang bermain di fikiran.

Ada yang memang mahir mengajar dan mendidik. Gunakan bakat dan anugerah tersebut untuk menyampaikan ilmu yang bermanfaat dan berguna kepada anak didik. Sebagai guru contohnya. Gunakan kemahiran mengajar anda untuk mengajar anak didik ilmu yang bermanfaat.

Ada yang mahir mengarang dan menulis. Gunakan tulisan anda untuk menyebarkan kebaikan dan kebenaran, menarik pembaca supaya lebih mendekati Allah yang esa. Tulislah sesuatu yang memberikan manfaat. Moga ia menjadi peringatan dan ilmu buat semua.

Mereka yang diberikan kelebihan suara yang lunak dan merdu, gunakannya untuk mengagungkan kalimah-kalimah Allah. Gunakan dengan mengalunkan taranum ayat Quran dengan baik, supaya tertarik hati-hati mereka yang mendengar kepada ayat Allah. Gunakan suara anda untuk mengajak kepada kebaikan, bukannya kemungkaran. Alunkan suara anda menyebut, mendendangkan lagu-lagu yang baik....

Tempat mempamerkan bakat mencari keredhaan?

Jangan kita salah menggunakan bakat. Apalah guna suara yang lemak merdu itu, jika digunakan pada tempat yang sepatutnya. Diguna untuk bermegah-megah diri. Lagak menyatakan "aku yang paling hebat!" Maka bertepuk sorak peminat melihat pujaannya yang lupa diri.....

Kamu menggunakan bakat kamu ke jalan yang salah....Mengheret sekali ramai di kalangan manusia supaya membuat dosa dan maksiat bersama-sama kamu....

Kamu pandai menulis dan berbicara yang manis-manis...Namun Tulisan dan bicara kamu digunakan untuk meraih kemewahan dunia dengan kalam yang menyimpang dari kebenaran dan cerita-cerita yang sangat melalaikan. Kamu menulis sesuatu yang sia-sia dan kamu berseronok melakukannya....

Apakah ada nilai jika bakat yang ada digunakan sedemikian rupa? Apakah ada nilai di sisi Allah jika ke arah itu kita gunakan kelebihan yang dianugerahkan Allah kepada kita?


Baca artikel penuh...

Saya seorang ustaz?

Kadang-kadang rasa takut dengan gelaran atau panggilan orang terhadap saya. Kalau setakat di sekolah, saya boleh menerima jika dipanggil "ustaz" oleh anak-anak murid. Tetapi jika kawan-kawan, atau orang-orang lain yang memanggil begitu, terasa berat juga hati ini.

Saya tidak merasakan bahawa dengan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Syariah (Ekonomi) dari Universiti Malaya, melayakkan diri saya dipanggil sebagai ustaz. Bagi saya panggilan atau gelaran itu cukup-cukup berat. Tambahan lagi bila sedar diri ini memang serba serbi kekurangan berbanding rakan-rakan sepengajian di kampus dahulu. Kemahiran berbahasa Arab saya tidak begitu baik. Apatah lagi tahap pengetahuan saya terhadap ilmu yang kompleks seperti Usul Fiqh.

Memang serba kekurangan jika dibandingkan dengan ustaz-ustaz yang lain. Malah bekerja di IISKD membuatkan diri ini berasa amat kecil berbanding dengan ustaz-ustaz lain yang bertugas di situ..

Namun saya tidak bole menyalahkan orang lain untuk memanggil saya ustaz kerana memang saya belajar di dalam bidang itu. Cuma saya tidak mahir seperti ustaz-ustaz yang lain. Saya cuma rasakan diri ini sangat tidak layak untuk digelar dan dipanggil sebagai ustaz.

Bacaan saya terhadap tulisan blog Pahrol Md Juoi lebih membuatkan saya terfikir. Bagi saya dia lebih alim dan fakih daripada saya walaupun tidak mempunyai latarbelakang pendidikan Islam (Syariah, Usuluddin dll....).


Namun setiap umat Islam itu tergalas dibahunya beban dakwah...Allah tidak sebut bahawa ustaz atau ulama sahaja yang perlu menjalankan kerja-kerja dakwah. Tetapi disebut setiap orang yang beriman wajib menjalankannya....Walaupun dia bukan seorang ustaz....

Salah tanggap ini sering terjadi. Hal berkaitan dengan dakwah dan menyeru kebaikan ini seringkali dibebankan di bahu para ustaz atau mereka yang kita panggil golongan agama. Walhal perkara ini memerlukan kerjasama semua pihak.

Mungkin apabila disebut berdakwah, terasa berat hendak menyeru orang kepada kebaikan. Bila disebut dakwah, perlu berceramah dihadapan orang. Walhal dakwah yang mudah boleh kita mulakan dengan menunjukkan akhlak yang baik. Mudah bukan?

Kita boleh mulakan dengan menunjukkan akhlak yang baik. Berpakaian kemas menutup aurat. Bercakap dengan percakapan yang baik, tidak mencarut-carut. Tidak banyak melalut atau bercakap perkara yang sia-sia. Bukankah itu mudah untuk kita lakukan. Mulakan sedikit tetapi berterusan. Sekadar mengajak sahabat pergi bersolat juga adalah satu permulaan yang baik. Untuk berdakwah, kita perlu membiasakan diri dengan melakukan kebaikan terlebih dahulu. Dalam masa yang sama ia juga memberikan contoh kelakuan yang baik kepada orang lain.

Setakat ini, perkara itu yang saya tekankan terlebih dahulu. Saya tidak mampu berceramah hebat seperti ustaz-ustaz lain. Mengeluarkan dalil bagis etiap hujjah. Percakapan saya jika memberi ceramah juga saya kira tidak menarik dan membosankan. Jadi apa yang mampu saya cuba berdakwak "kecil-kecilan" seperti ini....
Baca artikel penuh...

lagu lagi...

Saya memang sukakan muzik...Lagu tenang berbentuk balada ini....



Slipping Away - Richard Marx

Untuk kualiti audio yang lebih baik, boleh minta daripada saya...
Baca artikel penuh...

Khamis, 21 Mei 2009

Demam......

Agak lama juga tidak mengemaskini blog. Cuma sempat "log in" untuk melihat-lihat sekiranya ada komen-komen yang perlu di"approve". Ada banyak sebabnya lama juga tergendala menulis (alasan sebenarnya....... haha)

Dihambat kesibukan
Sekarang musim Peperiksaan Pertengahan Tahun untuk pelajar-pelajar. Jadi beberapa minggu sebelum itu kami guru-guru digegrkan dengan kerja menyiapkan soalan peperiksaan mengikut format yang telah ditetapkan. Apa lagi, terkejar-kejar dan huru-hara dibuatnya..Pantang ada masa terluang, komputer menjadi buruan untuk menyelesaikan soalan. Lebih memeritkan apabila kertasa yang dihantar diberikan semula untuk dibuat pembetulan di mana-mana bahagian yang difikirkan tidak kena oleh pemeriksa. Maka berlanjutanlah kerja tersebut.......

Demam teruk
Apabila selesai sesi membuat soalan, maka hanya perlu menunggu masa peperiksaan berlangsung. Malangnya guru ini dilanda demam yang panas dan teruk selama 4 hari berturut-turut. Bermula selepas solat Jumaat15.05.09 sehinggalah waktu subuh hari Selasa 19.05.09 yang lalu. Suhu badan sekitar 38 darjah celcius, batuk yang teruk, pening kepala dan tekak yang sangat perit sudah cukup membuatkan diri ini seperti merasa azab dunia. Bimbang juga diri ini terkena virus selsema babi @ h1n1. Mujurlah bukan, cuma demam biasa.

Terhuyung hayang ke klinik berdekatan seorang diri menunggang motorsikal...Lebih memeranjatkan harga ubat yang melambung. Namun apakan daya, dah sakit...Bil perlu dibayar. Mujur juga baru dapat bayaran kelas tuisyen, Alhamdulillah. Syukur juga dikurniakan kesembuhan oleh Allah....

Hari Selasa, datang ke tempat kerja dengan badan masih lagi mengeluarkan peluh (memang peluh baru baik demam..) dan fikiran keliru. Badan pula masih lemah. Maklumlah sakit kali ini, tiada selera makan. Tekak luka dan terasa perit menelan makanan.

Manusia itu sangat lemah.......

Baru saja terkena demam, rasanya seperti sudah tidak sanggup lagi. Manakan tidak, tidak dapat tidur saban malam kerana batuk dan badan yang panas di dalam. Baru 38 darjah celcius sudah mengerang panas ( tapi memang terasa sangat panas..............) . Tak terbayang jika badan ini dijamah oleh api neraka. Pasti hancur luluh tak terbayang keperitannya.......Hina kan manusia ini? Baru demam dan sakit sedikit sudah mengeluh dan tidak mampu, tetapi masih lagi angkuh dan tidak patuh pada perintah Allah....

Di klinik....

Sementara menunggu doktor di klinik, sempat juga memerhatikan keadaan sekeliling dengan mata yang hampir tertutup ini. Saya perasan ada seorang kakak yang masuk dengan anaknya yang berusia 11 tahun. Hasil dari perbualan kakak tersebut dengan staf klinik, kakak tersebut sudah kerap kali berkunjung ke klinik tersebut. Kedatangannya cuma untuk mengambil ubat untk anaknya. Malah anaknya sejak kecil lagi sudah biasa mendapatkan rawatan di situ. Lebih memeranjatkan lagi anak itu tidak boleh bercakap. Hanya meracau seperti menjerit sahaja apabila berkomunikasi dengan orang lain.

Syukur Alhamdulillah.....Diri ini Allah cipta sempurna anggota dan keupayaan fizikal.........Sangat-sangat bersyukur. Boleh bercakap dengan jelas menyatakan sesuatu, malah boleh bernyanyi lagi...Tak terbayang juga kalau saya tak boleh bercakap seperti adik itu. Nak panggol orang cuma boleh cakap "oaaaaaahhhhhh!"

"adik ni antibodi dia lemah sangat-sangat. Tu yang senang sakit. Kena jaga-jaga dia selalu. Makan pun bukan boleh sebarang."

Syukur lagi.....Walaupun sakit, saya masih lagi ada antibodi....Tidak seperti adik itu.....

Dapat bill rawatan pula, jumlahnya agak mengejutkan diri.

"semua sekali RM 90 ye dik"...Berdengung juga telinga.....

Campur dengan kali pertama selang sehari lalu jumlahnya RM 135....Agak banyak untuk orang seperti saya....Terfikir pula keadaan kakak tadi tu.....Anaknya selalu sakit, selalu pula datang untuk ambil ubat. Ubat untuk anak-anak bukan murah-murah. Lebih-lebih lagi yang sakitnya seperti itu.....

Agak-agak berapa agaknya duit yang dibelanjakan oleh kakak itu untuk anak istimewanya itu untuk sebulan...

Sakit ini, ada pengajaran yang Allah cuba tunjukkan.....

Bersyukur setiap masa, dalam senang atau susah. Semasa mendapat nikmat atau pun ujian...Kerana kedua-duanya adalah pemberian Allah....Jika kita rasa kita susah, ada ramai lagi yang lebih susah, hidup lebih menderita daripada kita....
Baca artikel penuh...

Ahad, 10 Mei 2009

Mama...

Meskipun bukan dinyanyikan oleh mereka yang beragama Islam, namun saya tertarik dengan melodi dan paduan vokalnya yang bagus.....

Baca artikel penuh...

Sabtu, 9 Mei 2009

"because she love Islam, love Allah....."

Saya bukannya suka sangat ambil tahu hal orang dengan sibuk bertanya soalan bertalu-talu, tambahan pula baru berkenalan...Tetapi telinga ini kadang-kadang dapat menangkap apa yang dibualkan oleh seseorang berhampiran dengan saya...

Satu hari, saya terdengar perbualan antara dua orang yang baru berkenalan. Seorang penduduk tempatan, seorang lagi ustaz dari Algeria. Banyak hal yang dibualkan, tambahan pula berasal dari negara yang berlainan. Namun saya paling ingat bila soalan diajukan berkenaan pasangan hidup.

Malaysia : Are you married ustaz?

Algeria : Yes, i'm married. Alhamdulillah.

Malaysia : With woman from your country?

Algeria : No, i'm married with local people. Malaysian woman.

Malaysia : Your wife must be so beautiful ustaz..

Algeria : (smiling) Honestly, if i compare with other woman, with woman from middle east, from my country, she is not beautiful.

Malaysia : Really?

Algeria : If i want to marry a beautiful woman, i did it a long time ago when i'm doing my master at middle east...

Malaysia : So why you marry her?

Algeria : Because she love Islam, she love Allah....That's why i marry her...Our prophet told us to do that.. And i'm verry happy with my decision..I'm happy with her now.

Sometimes my wife ask me..."why you marry me? there is a lot of beautiful woman out there...But why you choose me?" I just smile at her...

Actually she had an accident few
months ago...She can't move her legs, started from her hip,thigh....She asked me to leave her..."Go search for another woman" she said, because she is disabled person now....

But i say no..."I love you because you love Islam, you love Allah...As long as you love Allah, i will love you...". Now everyday i'll send her to work and pick her up in the evening.


(lebih kurang begitulah yang dapat saya dapat melalui pendengaran yang kurang ini.....)


Secara peribadi saya sangat terharu dengan apa yang diucapkannya...." i love you because you love Allah"....Terngiang-ngiang dialog itu dalam telinga ini....

Terfikir juga, mampukah saya mencontohi Ustaz itu......Pasti isterinya beruntung mendapat suami yang setia seperti itu.

Baca artikel penuh...

Jumaat, 1 Mei 2009

Bercerita tentang azan..


Jika ada masa dam mood baik, saya suka bercerita kepada anak-anak kecil didalam kelas. Anak-anak kecil ini biasanya suka mendengar cerita. Namun ada juga yang tidak suka. Kebiasaannya cerita saya ada diselitkan unsur kelakar sedikit, ada pengajaran dan lebih senang jika ada watak, watak tersebut ditukarkan nama kepada pelajar yang ada di dalam kelas.

Di kelas tuisyen...

Minggu yang lalu ada sedikit kekalutan yang berlaku di kelas tuisyen akibat beberapa orang pelajar yang "buat hal" dan di panggil menghadap atas kesalahan serius mereka. Sementara menunggu giliran saya berjumpa mereka, saya bercerita kepada pelajar-pelajar lain yang menunggu di dalam kelas.

Ceritanya tentang azan yang sering kita dengar setiap hari...Walaubagaimanapun sumber cerita ini tidak dapat saya pastikan kebenarannya..Mungkin juga Israiliyyat.Mohon maaf sekiranya tidak benar..Namun ada pengajaran yang dapat dikutip...

"Pernah dengar cerita tentang azan tak semua?"

"tak pernah cekgu!!!!!!" masing-masing menggeleng kepala. Kanak-kanak hari ini kurang mendengar cerita sirah berkaitan dengan sahabat nabi. Saya cuma menyampaikan apa yang diceritakan oleh guru saya dahulu, ditambah dengan sedikit bacaan yang saya perolehi.

"Koshan, Reneesya, kamu ok ke kalau saya cerita ni?" dalam kelas itu ada pelajar bukan Islam. Bimbang juga kalau mereka kurang selesa.

"Takpe cikgu...Saya dengar je. No problem " Mujur mereka sudi mendengar..

Saya meneruskan cerita tentang asal usul azan kepada mereka. Bermulanya tentang Rasulullah dan para sahabat memikirkan cara untuk memanggil orang ramai ke masjid untuk menunaikan solat. Bermacam-macam cadangan dibuat tetapi tidak diterima.

Akhirnya cadangan kalimah azan dikemukakan oleh Umar Al-Khattab kepada Rasulullah s.a.w dan baginda bersetuhu. Mulai saat itu Bilal bin Rabah yang ditugaskan menjadi muazzin setiap kali masuk waktu solat.

Satu hari ada seorang sahabat yang mahu menggantikan bilal untuk melaungkan azan apabila masuk waktu solat. Setelah berkali-kali diminta kepada Rasulullah s.a.w. akhirnya baginda memberi kebenaran untuk melaungkan azan sekali sahaja, iaitu pada waktu Subuh. Sahabat ini memang mempunyai kelebihan dari sudut suara. Suaranya lunak dan merdu...

Sampai masanya, azan pun dilaungkan. Solat Subuh berjalan seperti biasa. Tiada perkara yang pelik berlaku. Tak lama kemudian Jibril bertemu Rasullah s.a.w bertanyakan tentang azan Subuh yang tidak kedengaran pada pagi itu....Rasulullah menjelaskan bukan Bilal yang melaungkan azan pada waktu subuh....

Saya menyoal kepada pelajar

"kenapa Jibril tak dengar azan Subuh tu? Padahal suara sahabat tu lebih sedap daripada Bilal?"

Masing-masing diam berfikir...Ada yang menggaru-garu kepala. Tiba-tiba ada jawapan yang tidak disangka. "sebab orang tu azan tak ikhlas cikgu. Dia nak tunjuk suara dia sedap"

Lebih tidak disangka, jawapan tersebut datang daripada si Koshan yang bukan Islam itu...Pelajar yang lain agak terkejut juga....Masing-masing melihat si Koshan.

Saya sendiri terkejut dan geleng kepala melihat pelajar yang lain. Malu juga rasanya..Saya menjangka jawapan akan datang daripada mereka yang namanya Jamil, Syafiq, Anuar dll (yang beragama Islam)....


Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...