Rabu, 17 Disember 2008

Di desa kasihku tertumpah

Saya terdengar lagu ini beberapa bulan yang lalu semasa menonton rancangan di RTM 2. Lagu ini dinyanyikan oleh DJ Dave. Semasa mendengar lagu itu, saya rasa amat tertarik dengan melodi dan senikata yang ringkas. Penyampaian oleh penyanyinya tak kurang hebat walaupun sudah berumur! Suara sangat sesuai dengan lagu yang dibawa. Kalah penyanyi muda zaman sekarang yang kebanyakannya jual muka, tapi sura tak sedap mana pun.
Sesekali mendengar lagu melayu rentak lama...



Di desa kasihku tertumpah

Saujana mata memandang
Kehijauan sawah terbentang
Tenangnya sungai mengalir
Perahu nelayan ke hilir

Pepohon melambai-lambai
Beburung terbang berkicau riang
Di sini kasih tertumpah
Indahnya bumi bertuah

Malangnya di sana sini
Hanya ayah tua yang bekerja
Ibunda di rumah menanti
Anak muda ke kota

Hibanya rasa di hati
Ke mana rakanku menghilang diri
Kekasih ku turut tergoda
Tinggalkan ku di desa

Klik sini untuk dengar audionya.....

Baca artikel penuh...

Khamis, 4 Disember 2008

Tajuk berita dan artikel surat khabar

Hari ini saya ada membelek beberapa surat khabar harian untuk melihat berita semasa yang berlaku. Tak silap saya di utusan Malaysia atau Berita Harian, ada berita yang bertajuk, " PNB janji dividen 8 peratus". Dalam akhbar harian metro pula, isi berita hampir sama, tetapi tajuknya belainan sedikit "PNB yakin beri diveden 7 hingga 8 peratus"

lebih kurang begitu yang saya ingat. Saya bukan pakar bahasa, tapi melalui dua tajuk berbeza (walaupun isi artikel sama)

"PNB janji dividen 8 peratus"
"PNB yakin beri dividen 7 hingga 8 peratus"

Sekali imbas mungkin tiada bezanya, tetapi jika diamati, ia akan jadi perkara yang amat berbeza sekali. Ilmuan Syariah dalam bidang muamalat pastinya dapat mengesan perbezaannya.

Tajuk berita yang pertama - ia jelas menunjukkan PNB memberi riba yang haram kepada pelaburnya. Mengapa? Kerana mereka menjamin pulangan. Dalam ertikata lain menjanjikan pulangan yang tetap. Sama seperti fixed deposit di bank-bank (selain perbankan Islam), hukum interest tersebut haram (tidak perlu fatwa lagi).

Tajuk berita yang kedua - tiada masalah kerana sekadar menganggarkan nilai keuntungan yang dijangka akan diagihkan kepada pelabur. (walaubagaimanapun saham amanah PNB seperti ASB tidak tersenarai oleh suruhanjaya sekuriti dalam senarai saham amanah yang patuh syariah. Boleh semak di web suruhanjaya sekuriti)

Saya tak tahu siapa yang menetapkan tajuk berita ini. Kalau arwah ayah masih ada, tentu dia ketawa kerana tajuk tersebut bagi saya menunjukkan penulis artikel keliru dengan berita yang ditulisnya sendiri. Impak penggunaan bahasa amat penting. Sedikit perbezaan mungkin membawa kepada pengertian yang berbeza.
Baca artikel penuh...

lagi mengenai tandas


Bulan 12 ini saya sering berulang alik ke hospital Sultan Islmail Johor Baru. Jadi bila ke tempat-tempat seperti itu, seringkali juga saya gunakan tandas di situ. Kasihan melihat pekerja yang bertungkus lumus mencuci tandas setiap hari.

Tandas di HSI itu memang bersih, tetapi saya terkilan dengan sikap majoriti penguna tandas awam di HSI. Ramai yang hanya tahu "melepas" sahaja tanpa memikirkan kebersihan untuk terus digunakan oleh pengguna lain. Asal hajat sendiri tercapai cukuplah....

Situasi di bawah kerap saya temui apabila masuk menggunakan tandas awam, termasuk di HSI..kalau diikutkan nisbah adalah 7:3. Bermaksud daripada 10 tandas awam yang saya masuk, 7 daripadanya akan mempunyai situasi seperti di bawah.

  • Pengguna terdahulu tidak "flush"..amat menjijikkan melihat hasil sisa buangan mereka...Kerap kali air dalam mangkuk tandas kuning (tidak flush selepas buang air kecil)
  • Bau tandas hancing dan busuk...Apabila air dijirus ditepi-tepi mangkuk tandas, kelihatan sisa-sisa "buangan" yang kekuningan...(agaknya yang gunakan tandas itu tak pandai buang air...bersepah-sepah!)
  • Kerap kali juga terlihat kesan air kencing kekuningan yang sudah hampir kering di tepi mangkuk tandas.
  • Paip air tidak ditutup sempurna.....Membazir....
  • Puntung rokok dibuang dalam tandas ( yang menggunakan mungkin takpandai guna tong sampah)
Alasan budak kecil menggunakan tandas, tandas akan kotor tidak boleh diterima. Budak kalau diajar, mereka akan ikut. Yang silapnya bila salah ajar, tunjuk contoh yang tak elok. Kalau biasa lihat dan tahu ayahnya kencing beridiri, anaknya pasti akan ikut juga...

Saya tidak terlalu cerewet. Tandas dirumah pun tidaklah sampai bersih berkilat bersinar, sekadar bersih, selesa untuk orang gunakan, bau yang tidak busuk, saya rasa sudah cukup ok.

Hal-hal seperti ini menunjukkan ramai di kalangan kita tidak perihatin, mementingkan diri sendiri dan tidak kurang juga, pengotor......Mentaliti seperti ini seperti sudah lama sebati dan sukar hendak dibuang...Betul juga kata orang bijak pandai, mengubah sikap manusia seperti membentuk lubang di atas batu dengan menitiskan air di atasnya....Lambat, namun tidak mustahil....


Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...