Jumaat, 21 November 2008

lelaki..jadilah insan dan pembela yang soleh....


Lelaki dan perempuan dijadikan untuk saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Perbezaan yang wujud antaranya adalah perbezaan yang perlu diraikan. Lelaki pada umumnya mempunyai fizikal yang lebih kuat berbanding wanita dan mempunyai perilaku yang lebih kasar berbanding perempuan yang lembut. Sesuai dengan perwatakan ini, lelaki selalunya bertindak sebagai pemimpin kepada kaum wanita. Tidak cukup setakat itu, lelaki juga bertindak sebagai pelindung kepada kaum wanita.

Untuk menjadi pemimpin dan juga pelindung yang baik kepada wanita, lelaki sepatutnya membekalkan dirinya dengan ilmu untuk menggalas tanggungjawab tersebut. Tidak cukup jika ilmu yang ada cuma ala kadar, tak akan tertanggung tanggung jawab itu nanti. Malah silap-silap tanggungjawab yang dipikul dianggap menjadi beban yang sangat menyakitkan.

Hari ini hati saya cukup sakit melihat kaum sejenis saya yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai lelaki...Bukan itu sahaja, lelaki yang sepatutnya jadi pelindung bertukar menjadi perosak dan peragut kesucian wanita..

Penularan penyakit hipokrit ini semakin menjadi-jadi apabila berjumpa sendiri dan berhadapan dengan lelaki jenis ini yang tempat belajarnya adalah sama dengan saya. Di depan kita senyum, ramah, mesra malah kelihatan 'alim dan warak...Namun hakikat dibelakang kita, hipokrit dan banyak kerosakan yang dilakukan kepada wanita, tetapi diselndungkan dan ditutup dari pengetahuan umum. Tidak pernah keluar perkataan maaf dari mulutnya atas kesilapan yang telah dilakukan.

Saya sebagai lelaki sangat sedih kerana wujud lelaki yang tidak berperikemanusiaan seperti itu. Kepada wanita, harap berhati-hati bila bersama insan bernama lelaki, sebaik mana pun anda kenal dia, jangan percaya 100%, walaupun perwatakannya seperti malaikat....Dia masih lagi orang asing bagi kamu...

Wanita....pastinya amat membenci lelaki seperti itu bukan...

Saya berpesan pada diri saya sendiri...Jadilah lelaki yang soleh...Jadilah pelindung kepada kaum wanita...Kerana lelaki seperti ini semakin berkurangan pada hari ini.....
Baca artikel penuh...

Khamis, 20 November 2008

terkenang....


coretan kali ini lebih peribadi sedikit...


Saya teringat rasanya dalam tahun 2005, saya agak aktif di Jabatan Syariah Ekonomi dan juga bernasyid di UM...Tahun itu rasanya tahun yang paling sibuk dalam pengajian. Subjek banyak, tugasan subjek pun banyak (ada 14 tugasan) ditambah dengan menyertai dan membantu kajian lapangan oleh jabatan (temuramah penerima bantuan zakat).

Namun saya dapat membahagikan masa dengan baik ketika itu. Tugasan dapat disiapkan, ada masa belajar yang cukup, dapat beraktiviti (jabatan dan nasyid) dengan baik, malah dapat membantu jabatan membuat pameran di kampus Nilampuri, Kelantan. Tak ketinggalan juga sempat pergi "mengurat" jauh-jauh hingga ke IPTA lain di Lembah Klang....
Fikir-fikir semula boleh tahan jahat dan gatal masa itu... (yang berkesudahan frust hahaha)

Namun isu semasa yang berlaku tak terlepas dari pengetahuan saya dan rakan-rakan. Terutamanya berkaitan hal harga minyak dan kos barang keperluan yang makin meningkat. Rasanya pada tahun itu kerajaan ada menaikkan harga petrol sebanyak 30 sen seliter. Bantahan besar-besaran dibuat hingga ada yan berdemo di KLCC. Tak erlepas, ada kawan-kawan yang pergi menyertai demo...Hasilnya gambar di bawah terhasil....


penyajak yang semangat berdemo....


Kawan-kawan pakat gelak besar bila tengok gambar di atas. Tak sangka banyak-banyak peserta demo, gambar si jijul ni yang keluar.
Kecut muka kawan yang pegang sepanduk ni bila gambar ini disiarkan di web harakahdaily.net sehari selepas demo berlangsung. Bukan apa, takut kena panggil dengan pentadbiran UM dan dikenakan tinakan disiplin seperti buang universiti atau digantung pengajian. Hal ini jadi bahan bualan di Jabatan dan jadi bahan jenaka. Maka tersebar luas berita ini dan membantu mempromosi diri kawan tersebut yang sudah pun dikenali ramai oleh warga APIUM ketika itu. Mujur cuma versi online, bukan versi cetak.

Apa pun semua itu jadi kenangan yang buatkan kita tersenyum keseorangan bila teringat. Sekarang ini masing-masing sudah sibuk dengan kerjaya masing-masing. Malah ramai juga yang sudah berumahtangga. Namun bila sebut berkenaan harga minyak naik, maka gambar demo di atas pasti terlintas di fikiran.

Apa ye perasaan tuan punya gambar bila tengok gambar dia terpampang di blog ini....? (jangan marah ye jijul....hahaha) Dengar kabar dah jadi seorang pendidik yang berjaya....

Baca artikel penuh...

AKU BASUH BERSUNGGUH-SUNGGUH.!!!!!!

Rata-rata yang tinggal di rumah sewa sekarang ni sibuk dengan kerja masing-masing..Sampai berlumut juga dinding bilik air (tak la tebal pun..ada la lumut sikit-sikit)..Nampak kurang bersih juga...

gambar hiasan

Namun satu hari toilet berubah wajah menjadi bersih....Bersih la dari sebelum dicuci

alias : Siape basuh toilet tu? bersih gile...

abe zahar : Shah yang basuh.

alias : kau basuh gune ape shah..putih bersih lumut takde..macam mane kau basuh..???

Shah : AKU BASUH BERSUNGGUH-SUNGGUH....!!!!!!
Baca artikel penuh...

Rabu, 19 November 2008

hal minyak, harga barang dan ekonomi


lokasi LCCT

Saya bukanlah pakar ekonomi walaupun belajar di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Cuma hendak kongsi pendapat berkenaan dengan hal ehwal semasa yang terjadi di sekeliling kita.

Semala (Selasa 18/11/08) saya pergi ke LCCT untuk mengambil abang dan keluarga mertuanya yang pulang bercuti dari Indonesia. Semasa dalam perjalanan pulang, abang menceritakan pengalamannya dihantar "out station" ke Australia oleh Cadbury (tempat dia bekerja di Shah Alam)...

pilihan anda...savvy?

" harga honda Jazz kat sana same dengan harga savvy..kat sana pun ade savvy jugak...murah je harga honda Jazz sana...16000 Australian Dollar...dekat-dekat RM40 ribu jugak la....Kat Malaysia, hoda Jazz lebih kurang RM 100 ribu....Banyak gile cukai......."


atau jazz?


"gaji untuk fresh graduate kat sane mahal betul...paling rendah paling kurang dapat 3000 dollar. Kalau convert sini, RM 7000 lebih..!!!! Kita kat sini fresh graduate dekat-dekat RM 2k je...Kos hidup mahal, petrol mahal, kereta mahal....Kat Australia senang-senang la fresh graduate yang dah kerja nak beli kereta. Gaji mahal, kereta murah, kos hidup lebih kurang kat Malaysia je.."

Saya terfikir juga...Apa yang dikatakan ada benarnya......

Kereta di Malaysia memang mahal...Sebab kerajaan nak lindung kereta tempatan..Kereta luar yang masuk ke Malaysia memang dikenakan cukai yang tinggi...Kalau tak, macam mana kereta Honda Jazz yang cantik, berkualiti tinggi (jauh lebih baik dari Savvy) mempunyai harga yang sama dengan savvy di Melbourne, Australia? Sebab cukai........Kalau ta kena cukai tinggi, tak laku proton di Malaysia ni....

Jika anda diberi pilihan....Proton Gen-2 dan juga Toyota Vios....Mana yang anda pilih jika harganya adalah sama? Tetapi dengan kualiti yang berbeza.....Umum mengetahui kualiti Toyota jauh meninggalkan Proton......

Abang juga menceritakan perbualannya dengan pemandu teksi di sana. Pemandu itu menjelaskan yang dia biasanya mendapat lebih daripada 2000 dollar sebulan dengan memandu teksi. Abang pula menyatakan yang gajinya hampir sama dengan gaji dia di Malaysia (lebih kurang RM 5 ribu)....
"you should come and work here...Fresh graduate here will be paid at least 3000 dollar"
pemandu tu sempat berseloroh dengan abang....

Sampai sahaja di rumah saya, semasa buka pintu kereta, lampu dalam proton savvy abang tak menyala (sepatutnya menyala automatik bila pintu dibuka)..Kena tekan lampu tu, baru menyala..bila lepas, padam semula..Padahal baru guna 2 BULAN!!!!!!!
Bukan sengaja nak mengutuk, tapi kesal juga dengan kualiti macam ni....Ramai rasanya yang tersepit, kalau beli kereta luar dikata tak patriotik. Tapi nak beli kereta tempatan, kena bayar mahal yang tak setanding dengan kualiti (rugi)....

Tapi rasanya saya akan guna proton juga.........
Baca artikel penuh...

Selasa, 18 November 2008

alat komunikasi yang canggih

Buat sementara ini tiada idea atau isu yang saya hendak tulis...

Hendak ulas mengenai isu minyak yang turun lagi? Mungkin lain kali.....

Baru-baru ini ada kawan serumah yang bawa balik booklet kecil mengenai promosi telefon bimbit terbaru berjenama seperti samsung, nokia, sony ericson dan seumpamanya. Saya hanya membelek dan melihat-lihat sekiranya ada yang rasa berkenan di hati (banyak yang berkenan, cuma keadaan kewangan tidak mengizinkan....Lagipun cukuplah buat masa ini mengunakan telefon bimbit yang ada. Bukan nak buat apa pun, untuk sms can pangilan....Itu sahaja!)




Alat telekomunikasisemakin hari semakin canggih sekali. Malah panggilan video melalui telefon adalah satu perkara yang biasa. Ingat lagi semasa tahun 2002, model telefon nokia 3310/3315 (ada yang memanggil tiga tiga seposen@sekupang) meletup dan menjadi trend remaja ketika itu. Aplikasi yang boleh digunakan hanya sms dan juga panggilan. Namun hari ini model itu dipandang sepi.....Entah masih ada lagi dijual atau tidak. Pantas sungguh perkembangan teknologi..

Namun terdetik di hati, secanggih mana pun alat perhubungan yang ada sekarang, kalau hati ini tak mahu, tak jadi juga ya....Secanggih mana pangilan video melalui 3G pun jika penerima tidak mahu menjawab, sebaliknya butang "batal" ditekan, tak jadi juga komunikasi. Ada alat yang canggih, mahal dan berkualiti, guna line yang paling baik, tapi hati masih berat menghubungi orang yang kita sayang seperti ibu bapa, adik beradik, sahabat, tak guna juga....


Jadi saya meminjam kata-kata ustaz hasrizal bahawa alat komunikasi yang penting adalah hati manusia...Kerana hati itu yang akan menggerakkan kita menekan butang panggilan pada telefon, hati itu yang membuatkan kita bertindak menghubungi insan yang kita kasihi....Biarpun alat perhubungan cuma sekeping poskat, sepucuk surat, menggunakan telefon murah atau pun sekadar telefon awam menggunakan syiling (yang semakin dilupakan).......

Banggakah kita ada telefon bimbit yang canggih, tetapi jiwa kosong tiada komunikasi dengan insan yang lain?
Baca artikel penuh...

Jumaat, 7 November 2008

nama blog

13 November ini cukup setahun (ikut kalendar masihi) blog ini wujud. Ingat lagi semasa itu saya masih lagi terkontan-kanting cuba menyiapkan latihan ilmiah untuk menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah...

Setelah hampir setahun, saya mengambil keputusan untuk menukarkan url blog menggunakan nama saya. nurfauzibassar.blogspot.com. Saya rasakan url ini lebih sesuai kerana blog ini tidak memperincikan sesuatu topik secara khusus Yang ada cuma catatan harian atau kadang-kadang pengajaran atau kisah yang saya kira boleh dikongsi bersama untuk kita ingat mengingati antara satu sama lain.

Kalau ada pembaca yang meletakkan link blog ini di blog masing-masing, harap dapat diubah dan update url untuk link ke blg ini.


Saya sebenarnya bukan pandai sangat menggunakan aplikasi komputer. Tak pandai menghias blog. Dan tak pandai menulis juga sebenarnya (gaya bahasa yang kurang menarik). Tetapi apa yang dapat saya simpulkan setahun saya menulis blog, kesannya kepada diri saya (antaranya) adalah seperti berikut adalah seperti berikut:

  • Melepaskan tekanan dengan bercerita dan menulis sesuatu peristiwa.
  • Memperbaiki mutu bahasa dan penulisan.
  • Lebih peka menulis...Maksudnya menulis menggunakan perkataan yang lengkap, tidak menggunakan short form.
  • Membuat bacaan dan merangka dahulu apa yang hendak ditulis.
  • Lebih banyak membaca (untuk menulis, kita perlu lebih banyak membaca!!!)
  • Lebih bersabar
  • Berusaha mencari sesuatu isu, cerita yang bermanfaat untuk ditulis (saya tidak suka merepek meraban dan melayan TAG yang sia-sia

Kerana matlamat saya menulis agar kita saling ingat-mengingati......
Baca artikel penuh...

benarkah ini diriku?

Career Inventory Test Results

Extroversion |||||||||||| 36%
Emotional Stability |||||||||||||||||||||||| 73%
Orderliness |||||||||||||||||| 53%
Altruism ||||||||||||||||||||| 70%
Inquisitiveness ||||||||||||||| 46%

You are a Guardian, possible professions include - counseling, ministry, library work, nursing , secretarial, curators, bookkeepers, dental hygienists, computer operator, personnel administrator, paralegal, real estate agent, artist, interior decorator, retail owner, musician, elementary school teacher, physical therapist, nurse, social worker, personnel counselor, alcohol/drug counselor.
Take Free Career Test
personality tests by similarminds.com
Baca artikel penuh...

Khamis, 6 November 2008

seorang bapa yang langsung tidak perihatin!!!!!!!!!



Pagi hari Khamis adalah giliran saya untuk menyediakan sarapan pagi di rumah sewa...Seperti biasa kira-kira pukul 7.30 pagi saya akan pergi membeli nasi lemak, sebungkus seorang untuk kawan-kawan yang kuat "melantak"... Tempat kami mendapatkan sarapan tidak jauh dari rumah, di gerai seorang makcik di Sungai Penchala yang berasal dari Negeri Sembilan. Harga nasi lemak RM 1.20 saya rasa agak murah jika menila dari sudut rasa dan kuantiti yang terkandung dalam sebungkus nasi lemak...Hari ini ada satu perkara yang menarik perhatian saya semasa menunggu nasi lemak dibungkus...Pandangan mata saya beralih pada seorang lelaki yang minun di gerai tersebut.

Seorang lelaki

Yang saya kira seorang ayah

Mendukung anaknya ...Kira-kira berumur 8 bulan

Sedangberbual mesra dengan kawannya

Tetapi dalam masa yang sama enak menikmati (menghisap) rokok!!!!!!!

gambar hiasan

Saya rasa perbuatan itu adalah sangat-sangat tidak bertanggungjawab sebagai seorang ayah.
Perbuatannya sangat berdosa pada saya kerana dia MERACUN anaknya yang masih kecil itu. Budak yang tidak bersalah itu hanya pasrah menyedut udara tercemar disekelilngnya yang disebabkan oleh bapanya sendiri. Ditambah lagi dengan asap rokok kawan-kawan lelaki tersebut yang turut selamba menyumbang asap rokok untuk dihidu oleh orang sekitar mereka termasuk anak kecil itu.

Rasanya umum semua tahu, asap rokok memberikan kesan negatif kepada penghisap dan orang yang berada disekelilingnya. Malah orang yang menghidu (bukan menghisap) lebih besar mudaratnya dari menghisap rokok...Tak silap saya yang menghidu asap rokok ini diistilahkan sebagai perokok pasif.

Kasihan budak itu....belum sampai umur setahun, sudah jadi perokok pasif.


Ayah saya juga adalah seorang perokok....Perokok tegar! Tetapi ayah tak pernah sengaja merokok berhampiran dengan anak-anaknya....Semasa kami adik beradik masih bayi, ibu melarang keras ayah merokok berhampiran dengan anak-anak, dan ayah akur....Tidak pun terasa tercabar dengan permintaan ibu, tetapi dia tahu kesan buruk kepada anak-anak jika dia merokok berhampiran anak-anak...Dan saya bersyukur kerana semua anak ayah dan ibu tidak merokok!

Sungguh jahil lelaki yang saya lihat itu.......Saya lebih kasihankan anak itu berbanding bapanya....Yang paling menyedihkan lelaki itu mempamerkan muka tidak bersalah....
Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...