Untuk menjadi pemimpin dan juga pelindung yang baik kepada wanita, lelaki sepatutnya membekalkan dirinya dengan ilmu untuk menggalas tanggungjawab tersebut. Tidak cukup jika ilmu yang ada cuma ala kadar, tak akan tertanggung tanggung jawab itu nanti. Malah silap-silap tanggungjawab yang dipikul dianggap menjadi beban yang sangat menyakitkan.
Hari ini hati saya cukup sakit melihat kaum sejenis saya yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai lelaki...Bukan itu sahaja, lelaki yang sepatutnya jadi pelindung bertukar menjadi perosak dan peragut kesucian wanita..
Penularan penyakit hipokrit ini semakin menjadi-jadi apabila berjumpa sendiri dan berhadapan dengan lelaki jenis ini yang tempat belajarnya adalah sama dengan saya. Di depan kita senyum, ramah, mesra malah kelihatan 'alim dan warak...Namun hakikat dibelakang kita, hipokrit dan banyak kerosakan yang dilakukan kepada wanita, tetapi diselndungkan dan ditutup dari pengetahuan umum. Tidak pernah keluar perkataan maaf dari mulutnya atas kesilapan yang telah dilakukan.
Saya sebagai lelaki sangat sedih kerana wujud lelaki yang tidak berperikemanusiaan seperti itu. Kepada wanita, harap berhati-hati bila bersama insan bernama lelaki, sebaik mana pun anda kenal dia, jangan percaya 100%, walaupun perwatakannya seperti malaikat....Dia masih lagi orang asing bagi kamu...
Wanita....pastinya amat membenci lelaki seperti itu bukan...
Saya berpesan pada diri saya sendiri...Jadilah lelaki yang soleh...Jadilah pelindung kepada kaum wanita...Kerana lelaki seperti ini semakin berkurangan pada hari ini.....
















