Khamis, 23 Oktober 2008

bahasa generasi kini

Saya masih ingat lagi kempen yang diperkenalkan oleh Dewan Bahasa Pustaka (DBP) iaitu "BAHASA JIWA BANGSA". Saya percaya juga ramai di kalangan kita yang tahu kempen ini atau sekurang-kurangnya pernah terdengar ungkapan tersebut. Dan saya rasa ramai juga yang bersetuju bahawa kempen ini tidak berjaya dan seolah-olah dipulaukan oleh masyarakat pada hari ini. Tidak dinafikan ramai juga yang peka dengan gaya penggunaan bahasa tetapi golongan yang meminggirkannya ternyata jauh lebih ramai mengatasi mereka yang peduli.

"cantik sial jam kau tu..kat mane kau beli tu?"

"murah jerr harge die...sepuloh hengget je.."

"relaks ler cikgu. tak sporting langsung la"

" i think die punye colour tu kurang bright sikit la...kasi change la !"


Bahasa yang diucapkan oleh seseorang rasanya amat berkait rapat dengan akhlak seseorang dan juga gaya pemikirannya. Beberapa dialog di atas adalah antara contoh bahasa anak-anak muda generasi kini yang saya kira sudah hilang kepedulian terhadap bahasa bangsanya sendiri.

Bukan cakap kosong, tetapi anda boleh terjun ke tengah-tengah masyarakat dan saksikan sendiri kemusnahan bahasa melayu yang sedang berlaku.

Bukan mengatakan yang diri ini sangat sempurna apabila berbahasa, tapi sekurang-kurangnya saya cuba menjaga dan berbahasa seelok yang mungkin kerana saya yakin apa yang diucapkan itu, melambangkan akhlak dan peribadi diri saya sendiri.

"ala asal orang lain paham sudah le" antara ungkapan yang selalu sangat didengar..........

Saya pernah melihat seorang wartawan menanyakan pendapat kepada seorang pemuda tentang progam motivasi dihadirinya.

wartawan : Apa perasaan adik setelah selesa menjalani program ini?
remaja : Best giler program ni. Kawan-kawan ramai giler yang support. Respek betul kat pengendali program ni. Gempak gileerrr!!

Sekali imbas, memang seperti tidak ada apa-apa yag berlaku. Tapi bila melihat gaya, gaya bahasa dan intonasi yang dilontarkan membuat hati ini agak sakit dan rimas.

Kenapa kita suka mendengar lagu?

Sebab pada pandangan saya kebanyakan lagu-lagu yang berkualiti digubah dengan gaya bahasa yang indah dan menarik dan juga ringkas serta mudah difahami oleh pendengar. Bahasa yang baik ini pula bila dilagukan sesuai dengan senikata, akan membuatkan pendengar menjadi tertarik dan suka pada lagu itu.


Tidak ramai antara kita yang suka mendengar lagu yang mencarut-carut, memaki hamun dan kurang elok bahasanya. Ramai di kalangan kita suka lagu yang damai dan tenang, bermaksud telinga kita suka mendengar kepada yang indah dan baik-baik. Jadi apalah salahnya kita elokkan sedikit bahasa apabila kita berinteraksi dan bercakap dengan orang lain. Malah dalam menulis juga perlu! Ejaan yang betul, kurang singkatan, bahasa yang baik, pasti akan lebih menarik pembaca untuk membaca apa yang kita tulis. Malah mesej yang kita ingin sampaikan insyaAllah akan sampai.

sms atau e-mail

Ramai juga sedar yang penyakit menulis short form atau ringkasan semakin menular. Hampir semua perkataan hendak diringkaskan. Contohnya saya menjadi sy, awak menjadi awk, dan bermacam-macam lagi....Saya pernah hingga ke satu tahap meminta orang yang mengirim sms kepada saya supaya menghantar semula smsnya dengan bahasa dan perkataan yang dapat saya faham. Bukan terlalu obses atau rigid, tetapi jika boleh, biarlah ringkasan yang digunakan dapat difahami oleh penerima, bukan oleh pengirim sms sahaja. Mungkin dalam menggunakan sms kita perlu kepada ringkasan memandangkan ruangnya yang terbatas. Tetapi harapnya kita dapat minimumkan ringkasan, bahasa rojak dan perkataan yang kurang menyenangkan apabila menulis email, memberi maklumbalas atau respon, menulis artikel dan banyak lagi.


BAHASA JIWA BANGSA...!

Baca artikel penuh...

Rabu, 15 Oktober 2008

hobi yang terbiar.....

satu ketika dahulu

Sejak bekerja dan meyambung semula pelajaran, ada satu hobi yang agak saya minati dahulu tersadai dan terbiar...Sukar ada peluang untuk bernasyid, menyanyi bersama teman-teman dalam satu kumpulan. Kalau ada peluang menyanyi pun, selalunya peluang itu terjelma semasa menunggang motorsikal ke kelas dan pusat tuisyen....

Antara faktor yang menyebabkan hobi itu terbiar

Masa yang tidak mengizinkan..Kerana kebanyakan masa perlu dihabiskan dengan kuliah, mengajar tuisyen dan lain-lain.

Masalah komputer...Hard disk korup. Habis semua data yang ada..Tak boleh digunakan lagi. Walaupun keseorangan, tapi masih boleh menyanyi dan merakam pelbagai jenis suara dan disatukan menggunakan software soundforge 8.0 menjadi satu lagu yang saya nyanyikn sendiri. Disebabkan komputer terbengkalai, maka usaha merakam suara turut terhenti.

sudah pun berusia....

Masalah umur yang meningkat dan kekurangan "kaki". Umur pun dah tua. Kalau berlegar di Akademi Pengajian Islam UM, rasa diri ini sudah tua apabila melihat adik-adik Ijazah Sarjana Muda di situ. Tambahan pula rakan-rakan seangkatan dalam satu kumpulan telah tamat belajar dan menghilangkan diri ke kampung halaman masing-masing. Jemputan bernasyid pun tidak ada. Iya lah...Sudah tua kan....Ramai yang tak kenal..Tambahan pula bukannya profesional pun.

Kualiti....

Rasa agak kecewa akhr-akhir ini melihat kumpulan nasyid muda yang muncul. Lebih-lebih lagi melihat gelagat kebanyakan peserta Akademi Nasyid yang disiarkan di TV 9.....Macam badut pun ada rasanya. Kualiti? Entahlah...Pendapat orang lain-lain...Tapi kalau ikut diri ini, kualiti kumpuln yang menyertai program realiti tv Akadem Nasyid itu agak RENDAH!
Baca artikel penuh...

Isnin, 13 Oktober 2008

Datuk Shah Rukh Khan?

Rasanya bagi mereka ang peka dengan berita di surat khabar, pasti terbaca berita yang pelakon Bollywood Shah Rukh Khan akan menerima gelaran datuk dari Negeri Melaka....

Entah atas dasar apa, orang seperti ini diberi gelaran Dato'..Rasanya gelaran atau anugerah itu semakin hari semakin murah nilainya...Seperti tidak bernilai dan semahal dahulu...Apa sangat sumbangan pelakon Bollywood ini kepada negara Malaysia ini selain menyebarkan budaya hedonisme yang semakin membarah dalam masyarakat....

Tiadakah orang Malaysia yang lebih layak?
Tiadakah rakyat Malaysia yang lebih berjasa dari "orang luar" ini?

Berjuta rakyat Malaysia yang lebih layak..Malah berjuta-juta kali lebih layak berbanding "makhluk" seorang ini. Alasan mempromosikan melaka kepada dunia luar bukan alasan yang baik dan boleh diterima. Kalau begitu, ramai pelajar Malaysia di luar negara berhak mendapat gelaran ini kerana bukan setakat melaka yang dipromosi, habis ceruk kampung satu Malaysia mereka promosi pada kawan-kawan berbangsa asing!!!

Kasihan cikgu-cikgu yang mengajar...
Kasihan ustaz-ustaz yang berhempas pulas mencari fatwa..
Kasihan kakitangan kerajaan yang lebih berjasa...
Kasihan peniaga tempatan yang berhempas pulas menyokong ekonomi negara...
Kasihan mereka semua...Kasihan rakyat Malaysia...

Orang kita berhempas pulas mempertahankan negara, menabur jasa pada bumi bertuah ini.....Tapi yang dihargai orang luar yang "jasanya" merosakkan moral masyarakat.

Satu perkara yang saya fikirkan.......

BODOH!!!
Baca artikel penuh...

Selasa, 7 Oktober 2008

kita lanjutkan lagi..mari berpuasa enam



Ramadhan sudah pun berlalu...kini sudah berada di bulan Syawal..sedar tak sedar sudah seminggu kita di bulan Syawal.

Sekiranya puasa yang lalu dapat kita harungi dengan jayanya, dijaga semua perilaku, apalah sangat dengan lanjutkan sedikit dengan puasa enam di bulan Syawal ini...Ini juga peluang yang datangnya hanya setahun sekali. Rugi kalau tak buat...Puasa enam Syawal tak wujud di bulan-bulan lain (dah namanya puasa 6 dalam bulan SYAWAL kan....!)

Jadi apalah kiranya kita rebut peluang ini...Bagi yang ada puasa yang perlu ganti, elok didahulukan puasa ganti tersebut...Tapi jika risau dengan puasa ganti itu, kita terlepas puasa 6, jangan risau...Ada pendapat ulama yang mengharuskan kita berpuasa 6 dahulu kerana tempoh syawal itu amat singkat (sebulan sahaja)...



"itu kan sunat je...tak buat pun takpeee....."
"tak larat la aku...dah letih aku puasa sebulan"
"itu sunat je..tak dosa pun tingal"

antara dialog yang memperkecilkan....

Tapi sedar tak sedar, amalan sunat ini sebenarnya yang menampung lubang-lubang atau cacat cela amalan wajib kita. Saya tertarik dengan cerita artikel ini "petanda sayang di bulan Syawal"

Andaikan kita seorang bapa atau ibu...Kita pesan pada anak kita "nanti baju kat luar tu angkat ye..hari nak hujan ni. Ayah nak pegi masjid kejap"

Tapi bila balik, hati bila baju diampai dah diangkat. Masuk ke dalam, lagi lega sebab baju yang dijemur tadi siap dilipat, digosok, disusun kemas dalam almari.....Pasti kita terharu dan sayang dengan anak yang baik dan menurut kata sperti ini. Kita pesan supaya angkat sahaja supaya tak basah dek hujan, tapi bukan itu sahaja, dikemaskannya lagi...

Boleh kita andaikan perintah kita angkat baju itu sebagai WAJIB yang perlu dilaksanakan......Lipat baju, gosok dan kemas, yang tidak disuruh itu adalah amalan SUNAT....Dan amalan sunat ini insyaAllah menambahkan lagi kasih sayang dan keredhaan Allah kepada kita.

Jadi marilah sama-sama berusaha lengkapkan puasa enam di bulan Syawal...Bukankah berpuasa itu tujuannya menjadikan kita lebih bertaqwa...Jadi apa ruginya kita berpuasa sunat kan?


Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...