Selasa, 9 September 2008

Ramadhan : Peluang yang selalu kita sia-siakan!

Sedar tak sedar, kita sudah melalui lebih separuh daripada bulan Ramadhan yang mulia ini. Kelebihan bulan Ramadhan tak boleh disangkal lagi dan ramai antara kita tahu apa kelebihan bulan Ramadhan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Dan tak lama lagi akan berakhir

Tapi sayangnya......

Boleh dikatakan majoriti muslim hanya menyatakan "ramadhan itu bulan berkat, bulan pengampunan" tapi perilakunya tidak seperti itu.

Langsung tak menghayati.
Tiada uasaha melakukan perubahan.
Tiada beza bulan ramadhan dan bulan-bulan lain.
Malah ada yang lebih teruk juga.

Akhir-akhir ini agak kecewa dengan sikap beberapa orang rakan yang mulutnya LEPAS cakap....Seolah-olah ini bukan bulan ramadhan..


Ucapan BABI, SIAL, CIBAI, F**k, SH**T dan pekataan carutan seumpanya menjadi mainan mulut yang biasa. Kutukan menjadi mainan, gurauan kasar beserta carutan terus berlarutan. Tak kurang juga yang berbaur lucah. (terutama bagi yang lelaki)

Walhal mulut yang cabul itu pernah mengungkapkan Ramadhan itu memberi peluang kepada kita untuk membuat amal ibadat...yaaaa...Mungkin cacian seperti itu dianggap ibadah untuk dirinya.


Slogan Ramadhan Karim hanya retorik...Malah ramai yang membenci ramadhan dalam diam! Menyusahkan sahaja bagi mereka. Hari Raya itu jua yang ditunggu....Kerana bagi mereka, telah terurai ikatan yang begitu membebankan semasa bulan Ramadhan..Hari Raya aalah hari merdeka, BEBAS! Buat apa sahaja yang disukai.

antara dialog yang memualkan yang terdengar di telinga..

"Eh bulan puasa ni..Mana boleh salam lelaki perempuan!" (lepas raya kira boleh ke?)

"Ini Ramadhan ya syeikh..Ramadhan lah....." (dalam pelat arab yang mengada, sambil tergedik-gedik lelaki dan perempuan mengacarakan program TV)!!



contoh yang teruk...

Tiada segan silu menayangkan aurat...Tergedik-gedik bagi wanita..Dan tidak segan pula menayangkan gambar peribadi di blog. Sedih melihat perilaku kawan-kawan menjadi sebegitu rupa. Krisis moral semakin meruncing walaupun di bulan Ramadhan.


memang betul mafhum dari sebuah hadith nabi...ramai di kalangan kita yang berpuasa, tapi tak memperolehi apa-apa melainkan lapar dan dahaga sahaja...dalam ertikata lain puasanya TAK BERNILAI,, KOSONG!
Baca artikel penuh...

Ahad, 7 September 2008

Anda mahu jadi cacat?

Rasanya rata-rata kita mempunyai tubuh badan yang sempurna..Lengkap semua anggota badan..Sepasang tangan, sepasang kaki...Cukup cantik dengan jari-jarinya..Memudahkan urusan seharian kita. Boleh bekerja dengan baik, bermain dengan gembira, berjalan ke sana-sini...Macam-macam boleh kita buat dengan keadaan yang fizikal sempurna yang dikurniakan tuhan.

Bagaimana rasanya...Jika kita ditakdirkan cacat? Tangan tak sempurna..Kudung sebelah misalnya...Kaki tiada..Dari peha ke bawah...Ataupun buta mata, pekak telinga atau lain-lain kecacatan..Pasti sukar hidup kita...Tak terbayang bagaimana..Tapi bersyukurkah kita atas nikmat sempurna fizikal yang tuhan kurniakan ini?

Satu hari ditakdirkan saya ke masjid al-Ghufran Taman Tun Dr Ismail di KL. Pada awalnya rasa tak mahu pergi kerana kepala rasa pening, berpinar-pinar sebelum dan selepas berbuka puasa. Tapi bila fikir-fikir, sayang pula nak tinggalkan terawikh yang hanya datang dalam bulan Ramadhan ini. Digagahkan juga pergi.....

Rasanya malam itu mungkin Allah nak tunjukkan kepada saya, dan engajar saya supaya lebih bersyukur, dan jangan banyak mencari alasan. Di masjid tersebut saya berjumpa seorang pemuda cacat. Keadaan cacat yang jarang dijumpai..

Dia tidak mempunyai kaki...
Dari peha dan kebawah tidak ada...Hanya separuh badan
Tangan pula kudung sebelah..
Hanya sebelah tanan yang sempurna..
Dengan sebelah tangan itulah yang membantunya bergerak ke sana ke mari....
Dan rasanya, bukan dia yang meminta dilahirkan dalam kondisi sebegitu rupa..Itu pemberian dari Allah kepada dirinya

Maaf..Tak sempat bertanya siapa namanya, dan dari mana asalnya....

keadaannya seperti dalam gambar ini..Tetapi sebelah tangannya kudung

Tersentuh rasa hati ini, bila melihat insan yang cacat sebegiu rupa pun turut berbaris dalam saf menunaikan solat bersama jemaah lain. Rasa hina diri ini, bila mengenang yang selama ini bebagai-bagai alasan dibuat untuk lewat solat.....Peninglah...Sakitlah...Malaslah...Mengantuklah...Letihlah....Atau malas membuat tugasan kerja yang lain dengan alasan penat, mengantuk dan lain-lain...

Masa itu terasa sangat-sangat bersyukur dan beruntung..Boleh berjalan dengan dua kaki yang masih kuat dan elok. Membuat kerja dengan dua tangan yang sempurna. Boleh duduk dan berdiri.

Sedangkan saudara yang cacat itu hanya menggunakan sebelah tangan untuk menggerakkan badannya...baginya itulah tangan, itulah kakinya.....Berdiri dan duduk baginya adalah sama.Kerana dia tidak punya kaki, tak punya peha untuk rasa duduk seperti orang lain, untuk berdiri seperti orang lain...Namun dia masih besyukur dan meneruskan hidup, menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim...Cacat bukan alasan baginya..

Kita bagaimana?????
Baca artikel penuh...

Rabu, 3 September 2008

waktu subuh


Sesekali bersolat subuh di masjid...Terasa damai hati.


masjid al-ghufran, pinggir taman tun dr ismail

Pulang dari masjid, terlihat pelajar-pelajar sekolah tahfiz dan rumah anak yatim berdekatan dengan masjid berjalan pulang menuju ke asrama. Ada juga yang kecil, sekolah rendah saya kira. Mereka berjalan beramai-ramai. Sambil berjalan, banyak juga ragam yang dapat dilihat. Berbual-bual, bergurau senda sesama mereka, malah ada yang bermain lumba lari siapa sampai awal ke asrama.

Teringat pula waktu sekolah. Dikejutkan untuk solat subuh berjemaah di surau SMKA Segamat.

Rasa tenang melihat mereka. Elok berbaju warna putih. Harap mereka akan menjadi generasi yang baik di kemudian hari...Dan melahirkan generasi yang baik seterusnya...
Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...