Khamis, 29 Mei 2008

kita hanya merancang.....tuhan yang menentukan

Kita sebagai hamba tuhan, hanya boleh merancang bagaimana untuk meneruskan kehidupan....Walaubagaimanapun, apa yang terjadi dalam hidup kita, semuanya telah ditentukan oleh tuhan. Maka, tidak semestinya apa yang kita rancangkan akan berjalan dengan lancar.

Hari ini hakikat ini semakin saya sedari. Sekuat mana pun kita usaha untuk dapatkan sesuatu, tetapi jika Allah tetap tak mahu memberi, maka kita tidak akan dapat.


Kanser

Tahun lalu mak cik saya disahkan menghidap kanser payudara.....Penyakit pembunuh yang digeruni wanita....Alhamdulillah dia masih lagi hidup dan sihat sekarang setelah menjalani pembedahan, rawatan kimoterapi dan radiologi. Keadaannya semakin beransur pulih. Namun tenaganya tidaklah sekuat dahulu.

Kini.....Giliran ibu pula.....Hari Ahad yang lalu, ibu meminta saya membawanya ke hospital pakar di Johor Bahru...Pendek cerita, doktor mengesahkan ibu juga menghidap kanser payudara. Walaubagaimanapun saya tetap bersyukur kerana kanser tersebut masih lagi di peringkat awal. Cuma pembedahan untuk membuang kanser tersebut perlu dilakukan....Tidaklah seteruk Mak cik yang terpaksa dibuang sebelah payudaranya.

Ibu adalah seorang bekas jururawat. Ibu sangat mengambil berat tentang hal ehwal pemakanan kami sekeluarga. Untuk diri sendiri, ibu memang menjaga dan memilih makanan. Air dikurangkan gula, masakan dikurangkan garam. Selain itu, ibu juga turut mengambil makanan tambahan untuk menjaga kesihatan seperti spirulina, ganoderma dll....Peralatan seperti penapis air juga dibeli untuk memastikan anak-anak membesar dengan sihat.

Namun siapa menyangka, dalam ibu berwaspada dan cuba mengelak diri daripada penyakit yang kronik, akhirnya Allah duga juga dengan kanser....

Kita manusia hanya merancang....Tuhan juga yang menentukan..Mungkin penyakit yang ada ini disebabkan oleh faktor keturunan....

Syukur sebab ibu masih menerima dan bersikap positif dengan apa yang Allah berikan kepadanya sekarang.

Saya mengambil cuti kecemasan di PBAM selama lebih kurang 5 hari. Syukur sekali lagi kerana mempunyai majikan yang sangat memahami.
Baca artikel penuh...

Selasa, 20 Mei 2008

mari membaca lagi

Saya sebenarnya sedikit kecewa kerana tidak sempat pergi ke Pesta Buku di PWTC yang diadakan bulan lalu...Kerana tersangatlah sibuk dengan kerja di PBAM...Nak pergi malam, tak sempat....Siang hari pulak kerja.

Walaubagaimanapun saya berjaya juga membeli dan membaca dua buku di bawah ini.

aku terima nikahnya


satu rasa dua hati



Kedua-dua buku ini adalah terbitan Galeri Ilmu.

Melihat kepada tajuk buku, ramai yang mengatakan saya dah tak sabar nak "berbini".

Bagi saya, tak salah membaca buku seperti ini untuk menambah ilmu. Bukankah lebih baik bersedia awal...

Selepas membaca buku ini.....Rasanya masih belum cukup bersedia untuk menjadi suami yang soleh untuk memimpin keluarga..

Baca artikel penuh...

Ahad, 18 Mei 2008

Peribahasa – Subjek Bahasa Melayu UPSR

Selain bertugas sebagai staf admin, saya juga mengajar subjek Pemahaman tahun 5 di PBAM. Ini adalah kali pertama saya mengajar tuisyen. Sebelum ini langsung tidak pernah mengajar.


Memang menarik mengajar Bahasa Melayu kali ini. Berbagai bagai jawapan yang saya jumpa. Pening kepala memikirkannya. Pecah perut ketawa…..sebab macam macam jawapan yang diterima.


Saya : cuba sambung pantun saya……Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.

Pelajar : Saya cikguuuuu!!!!!!! Jawapannya KE PANTAI!!!!!!!!!!!


Jawapan itu diikuti dengan ketawa yang berdekah-dekah oleh murid-murid lain dan juga saya sendiri yang mengajar……………


Antara jawapan pelajar yang menggelikan hati

( ini adalah kisah benar…..nama sebenar pelajar dirahsiakan)


Hangat-hangat tahi ayam – orang yang suka membela ayam


Seperti anjing dengan kucing – orang yang suka bergaduh ANTARA ANJING DENGAN KUCING


Mata keranjang – orang yang suka melihat kemaluan orang lain


Seperti pinang dibelah dua – orang yang suka main kawin-kawin


Telinga kuali – orang yang pandai memasak


Itu antara jawapan yang diberikan. Banyak lagi aksi-aksi spontan yang membuat saya sakit perut tahan ketawa…..

(jika ada kesempatan, saya akan upload kertas jawapan)


Namun daripada apa yang berlaku…saya sedar tentang satu perkara….

Generasi Melayu hari ini semakin kehilangan jati diri sebagai orang MELAYU ISLAM.

Mungkin sebab terlalu asyik dan fokus kepada penguasaan Bahasa Inggeris, sehingga rata-rata murid mengambil mudah subjek Bahasa Melayu. Saya bukan pakar Bahasa Melayu. Tapi rasa-rasanya Bahasa Melayu generasi saya dahulu tidaklah seteruk pelajar sekarang.


Rata-rata peribahasa yang mudah seperti yang ditulis di atas kami sudah tahu maksudnya semasa sekolah rendah. Begitu juga dengan pembinaan ayat yang lengkap. Rata-rata pelajar di PBAM ini ketandusan ilmu berkenaan pengetahuan am yang sangat “BASIC”.


Sudahlah AGAMA makin tolak tepi, Bahasa Melayu pun makin teruk.


APA NAK JADI GENERASI SEKARANG...........

Baca artikel penuh...

Berhadapan dengan realiti….

Ketika ini saya terpaksa mengakui satu perkara yang sering saya tidakkan. Saya mengaku yang saya sangat suka mengajar. Setelah bertahun-tahun saya menidakkannya, namun pada hari ini, saya tidak boleh menolak yang saya sangat suka mengajar.


Pengalaman bertugas di Pusat Bimbingan Akademik Mutiara selama lebih kurang dua bulan setengah benar-benar menyedarkan potensi diri saya.


Waktu sekolah

Menjadi guru tidak termasuk dalam cita-cita. Malah ketika itu langsung tiada minat mengajar. Malah boleh dikatakan langsung tiada cita-cita. Matlamat ketika itu hanya mahu menghabiskan pengajian dan melanjutkan pelajaran ke IPTA.


Selepas SPM

Saya gagal ke IPTA. Jadi terpaksa menempuh 2 tahun lagi sebagai pelajar sekolah. Sepanjang 2 tahun sebagai pelajar tingkatan 6, saya boleh dikatakan “top student”. Jadi seringkali saya dijadikan tempat rujukan. Saya sangat berpuas hati dan gembira berkongsi ilmu dan membantu kawan-kawan yang sedikit tercicir dalam pelajaran. Bukan bangga sebab pandai, tetapi rasa GEMBIRA dan PUAS Hati kerana dapat membantu.


Selepas STPM

Entah macam mana, saya boleh terfikir memohon jawatan guru sandaran di sekolah rendah. Kebetulan arwah ayah merupakan bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, jadi permohonan saya diterima tanpa melalui sebarang temuduga. Bertugas sebagai seorang ‘USTAZ MUDA’ di sekolah yang baru di buka memang memenatkan.

Tanpa pengalaman mengajar, terpaksa mengajar pelajar tahun 2 dan tahun 3 subjek Pendidikan Islam. Dan saya merupakan satu-satunya ustaz yang bertugas di sekolah itu. Pada umur 20 tahun, saya rasa perkara itu agak mencabar


Ayah sangat gembira

Entah kenapa, jarang betul melihat ayah dalam mood yang begitu baik. Mungkin gembira yang saya mengikut jejak langkahnya menjadi guru. Ibu pun apa kurang nya.

“ada juga yang ikut jejak langkah ayah akhirnya……” itu dialog ibu.

Perasaan ketika itu…….2 bulan yang pertama, sangat-sangat tertekan. Tetapi selepas perasaan gembira memberi muncul. Saya gembira mengajar kanak-kanak membaca dan menulis. Mereka mula serasi…walaupun saya seorang ‘usatz yang garang’.


Tawaran ke IPTA

Saya ditawarkan tempat di Universiti Malaya…Mengikuti langkah ayah dan abang yang pernah menjadi pelajar UM. Cuma bidang pengajian yang berbeza. Ijazah Sarjana Muda Syariah. Bidang pendidikan tidak menjadi pilihan. Mulut ketika itu masih menyatakan “aku tak mahu mengajar dan jadi cikgu”......(sombong lagi masa tu....)


Habis pengajian

Walaupun agak lewat berbanding kawan-kawan lain, Alhamdulillah dapat juga menamatkan pengajian. Tercari-cari juga kerja. Akhirnya dapat juga kerja di PBAM. Sebelum bertugas di PBAM, saya sering juga terlibat dengan program motivasi pelajar-pelajar sekolah. Program yang terakhir adalah kem ibadah bersama politek di Melaka.

Sya sangat suka terlibat dengan program seperti itu kerana dapat memberikan khidmat dan berkongsi ilmu setakat yang terdaya. Perasaan memang puas dan gembira. Benar kata ustaz Hasrizal (saifulislam.com) ERTI HIDUP PADA MEMBERI


Di PBAM

Pada mulanya saya hanya bertugas sebagai staf pentadbiran @ kerani sahaja. Tidak terlibat mengajar.

Nak dijadikan cerita, kebetulan pula ada guru yang berhenti/menarik diri. Subjek yang kosong adalah Bahasa Melayu tahun 5 dan sejarah Tingkatan 1&2. Sementara menunggu guru ganti, terpaksalah saya yang hijau menjadi bidan terjun. Setelah 4 tahun tinggalkan sekolah, akhirnya mengajar semula. Bezanya Cuma kali ini mengajar di Pusat Tuisyen.

Saya mengajar ikut cara sendiri….orang kata “main redah je”. Entah macam mana, pengetua berpuas hati dan tetaplah saya mengajar hingga hari ini. Dan saya amat gembira dengan apa yang saya lakukan sekarang, walaupun gaji yang diperolehi cukup-ckup makan.


SEKARANG

Saya terpaksa menarik semula kata-kata “aku tak mahu jadi cikgu”. Kerana saya suka mengajar. Dan di sini, ruang untuk berdakwah terbuka luas. Pelajar-pelajar sekarang sangat kurang nilai-nilai agama dalam diri. Jadi saya lihat, itu antara sumbangan yang dapat saya berikan.


Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...