Khamis, 28 Ogos 2008

Macam-macam ragam pelajar.....

Walaupun kembali bergelar student, tetapi saya masih lagi bekerja sambilan sebagai guru tuisyen di PBAM. Walaubagaimanapun disebabkan kesibukan, banyak kelas yang terpaksa diganti oleh guru lain.

masih lagi terjadi kejadian yang menguji kesabaran..

saya : berikan maksud anak angkat.
mutawalli : saya cekgu!!! JUMPA ANAK!!!!

ragam yang lain......

"cekgu...saya nak keluar boleh tak? saya tak tahan nak KENTUT..!"

lagi yang lain.....

saya : tuliskan sinonim (perkataan seerti) untuk SYABAS
ajmal : Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)

lagi yang menggugat jiwa raga

saya : berikan sinonim untuk misai
pelajar : bulu yang tumbuh antara bibir dan hidung

seterusnya.........

kedengaran suara-suara sumbang semasa majlis solat hajat....Semasa sedang menjamu selera...ada buah rambutan dihidangkan...terdengar sayup-sayup dialog ini...

" macam mana nak makan buah ni?"

lagi lagi dan lagi....

dalam situasi saya memberikan amaran kepada seorang pelajar india (sekolah rendah...)

saya : kalau saya dengar komen dari cikgu lain tentang awak, siap awak! (nada yang agak marah)

joshua : aaaaa.....cikgu, "komen" tu apa? saya betul-betul tak faham...!!!!!!

(terus tak jadi marah dibuatnya)

ada lagi..............

saya : masyarakat pribumi selalu mendiami kawasan berdekatan degan sungai. Tujuannya untuk mendapatkan sumber air. Apa kegunaan air/sungai kepada mereka.

farid : haaaa... saya cekgu. Boleh berenang, berkayak, naik sampan...


masih belum tamat...........

saya : kamu boleh tulis jawi?
farid : mesti la boleh cikgu.
saya : cuba tulis batu.
farid : senang je... BA , ALIF, tA , WAU.....BATU!

saya : cuba eja ayam (dalam jawi)
akmil : ok cikgu...Alif , Y, Mim...Ayam!


entah bila akan berakhir........

Baca artikel penuh...

Rabu, 27 Ogos 2008

review buku - Tentang SOLAT

Saya telah berjaya mendapatkan dua buah buku yang saya fikir sangat berguna.

Walaupun terpaksa menghabiskan lebih kurang RM 60 (bagi saya jumlah itu adalah besar...kerana sedang kesempitan wang..............), namun rasa berbaloi membacanya. Buku berkenaan dengan solat....

karangan ustaz Zaharuddin (zaharuddin.net)

terbitan Universiti Malaya

Ada juga yang pelik bila saya baca buku ini..
"dah ada degree syariah....sambung master lagi...baca buku solat lagi?"


itu antara dialog yang menyakitkan telinga...

Walaupun kita sudah lama hidup, selalu bersolat, tiap-tiap hari solat (kalau solat laaa...) tapi itu tidak menjamin yang solat kita sudah sempurna..

Sentiasa semak solat kita kerana itu adalah ibadat yang paling asas.

Buku yang kedua itu - kajian saintifik tentang solat mengukuhkan lagi kebaikan dan hikmah umat Islam diwajbkan bersolat....Sangat beruntung sebenarnya umat Islam ni..


Semoga sama-sama kita beroleh manfaat
Baca artikel penuh...

Jumaat, 22 Ogos 2008

kembali memasak

Untuk kawan-kawan yang belum tahu.....
Saya telah berpindah rumah.Dari pantai dalam ke Kg Sg Penchala (bersebelahan TTDI)

Saya juga sedang menyambung pelajaran peringkat sarjana di UM

Hal masak-memasak di rumah

Sejak berpindah ke rumah baru, saya rasa saya telah diberi satu tugasan yang tidak rasmi....Sebagai seorang cheft (tukang masak la)...Tugas ini dilakukan dengan kerelaan hati kerana ingin menjimatkan belanja untuk makan selama sebulan...Setelah saya kira-kira, lebih jimat saya memasak sendiri berbanding beli di luar.

Dengan pendapatan kerja part time sebanyak RM700 hingga RM800 sebulan, terpaksalah saya mencatu duit makan dan berfikir lebih banyak sekiranya hendak membeli sesuatu barang. "kau cakap je nak masak apa, kite orang belikan bagi kau masak!" itu antara dialog kawan-awan yang menyokong idea memasak. Mungkin idea itu didorong oleh niat membantu ditambah dengan perangai malas nak memasak......Jadi saye la mangsanya...

Perihal membeli beras
gambar hiasan

Saya telah lama tidak pergi membeli beras sendiri. Sejak harga beras naik, memang tak pernah pergi beli beras (cuma beli nasi siap masak dikedai dan makan). Tragedi minggu yang lalu mengejutkan saya. Saya ditugaskan membeli beras untuk stok bekala makanan di rumah sewa. Tanpa berlengah, saya memecut ke TESCO dengan harapan bahawa di sana barangannya murah dan beranggapan dapat membeli sekampit beras 10 kg dengan harga RM18-RM20.



Sangkaan meleset. Harga beras sangat mahal. Selama ini hanya baca di surat khabar. Kali ini beban itu dirasai sendiri. Saya dan beberapa orang pakcik dan makcik terpaku melihat harga beras sekampit (mesti mereka pun lama tak beli beras sendiri). Paling murah yang ada ketika itu RM28 untuk 10kg (beras tempatan).

Pertama kali dalam sejarah saya membeli beras lebih dari harga RM 21.....................Mahal.

Kos hidup

Tidak dapat dinafikan kos hidup pada hari ini meningkat berlipatkali ganda...terutama selepas kenaikan harga minyak yang tidak berperikemanusiaan oleh kerajaan. Tak dapat dibayangkan bagaimana dengan orang yang sudah berkeluarga hidup di Kuala Lumpur dengan pendapatan hanya RM 1000-RM 2000 sebulan. Sewa rumah, bil-bil utiliti, belanja makan, pengangkutan, sara hidup isteri, belanja sekolah anak-anak dan lain-lain. Itu belum dicampur belanja kecemasan sekiranya ada kemalangan, masuk hospital dll....Rasanya duit gaji habis, tak sempat nak simpan.

Sejak naik harga minyak, rasanya golongan miskin semakin ramai di bandar-bandar besar terutamanya KL. Nilai nisab zakat semakin meningkat.Di KL nisab sebanyak RM 6400. Saya terfikir bagaimana kehidupan kita nanti pada masa akan datang..Kadang-kadang rasa Malaysia semakin hampir menjadi seperti Indonesia. Inflasi semakin tinggi.

Tarif elektrik naik
Air pun sama Minyak
naik Diikuti rapat harga barang dan perkhidmatan
Terutama barang keperluan asas
Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...