Jumaat, 25 Julai 2008

album nasyid - memori the zikr



Semalam saya bersiar-siar di MidValley dan singgah di kedai Speedy Video.Akhirnya saya menemukan album di bawah ini.
Nasyid Nostalgia Memori The Zikr oleh Nazrey Johani


Bagi saya, sesiapa yang mengaku dirinya sebagai peminat nasyid, dia WAJIB mendapatkan album terbaru Nazrey Johani ini. Setelah selesai mendengar, saya sangat berpuas hati dengan kualiti album. Rasa terubat rindu di hati mendengar lagu yang mendamaikan dan memberi kesan dihati.

Lagu-lagu diberi nafas baru. Ada juga lagu-lagu yang dinyanyikan secara duet dengan artis nasyid yang lain seperti Far East, Salleh (brothers), Naim (mirwana) dan Azhari (nowseeheart). Saya cukup terhibur.


Baca artikel penuh...

Sabtu, 12 Julai 2008

Promosi - water filter oleh syarikat ANA EDAR



Saya menjumpai sistem penapisan air yang agak murah seperti gambar di bawah. Saya menjumpai iklan penapis air ini di dalam majalah Anis bulan April.


Keputusan untuk membeli filter tersebut diambil setelah tidak tahan dengan kualiti air paip yang berkarat di rumah. Rasa tak sangggup lagi mempertaruhkan kesihatan diri dengan minum dan memasak dengan air yang berkeladak dan berkarat.

Rasa agak berbaloi kerana kualiti air yang ditapis bersih, jernih dan harga filter yang jauh lebih murah dari filter yang lain di pasaran. Cuma RM 699 jika dibandingkan dengan syarikat lain.

Zhulian (beyond water) >RM 2000,
CNI (water life) >RM 1800,
Sureco (sureco 7) RM 1800,
Elken RM 3000 (kalau tak silap)
Dr Sukida RM 1980
water pro (al jabbar) rm 1499
bio aura (Hai-o) rm 2080
hexagon rm 1150
(sekadar menyebut bebrapa nama)

Sebelum diturunkan harga, harga asal penapis tersebut adalah RM 1599.....agak mahal jika dibandingkan dengan harga sekarang!!!

Saya mengesyorkan sesiapa yang mencari sistem penapis air agar membeli penapis ini. Ditambah lagi dengan keadaan harga barang yang semakin meningkat ini, dan masing-masing cuba berjimat sebaik mungkin. Penapis ini dijual oleh syarikat anaedar.







**kemaskini
memandangkan entry ini masih ramai yang baca, jadi saya sarankan agar kita beli penapis air sekitar rm600 tau kurang dari rm 1000. Mampu milik.
sekarang ini penapis macam Aljabbar boleh dapat sekitar 600. Kalau rajin cari, boleh dapat banyak lagi yang harganya lebih kurang.

Yang penting, penapis air yang dibeli boleh tapis keladak, karat dan selut atau benda asing kasar yang lain. Bagi memastikan bertul-betul tiada kuman, didihkan air dan simpan. Itu adalah lebih elok. 

Kalau ikut saranan doktor, lebih elok kita masak air (didihkan) sebelum minum. Tapis dulu, didihkan dan simpan. 
Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...