Semalam terlihat berita mengenai keputusan PMR 2007 di Buletin Utama TV3. Entah mengapa tiada rasa teruja@terlalu gembira dengan keputusan yang dikeluarkan walaupun ramai yang mendapat A dalam semua subjek yang diambil.
Saban tahun di war-warkan keputusan peperiksaan umum meningkat dan semakin cemerlang. Semakin ramai yang dapat A. Makin ramai pula yang tak lulus. Dari satu aspek memanglah nampak bagus. Tetapi bila difikir-fikir semula, terlalu ramai yang cemerlang......
berkualitikah pelajar yang cemerlang itu?
adakah pelajar semakin pandai?
atau soalan terlalu mudah?
atau soalan sudah di "SPOT" yang menyebabkan pelajar mudah menjawab?
Dan kita dapat lihat dengan jelas....sistem pelajaran di Malaysia adalah exam oriented....
Terlalu memberi tekanan kepada pelajar untuk score sebanyak A yang boleh
Seperti itulah lambang kejayaan sebenar sebagai pelajar
Hingga ada yang terlalu tertekan belajar hampir 24 jam
Hingga ada yang bunuh diri seperti kes pelajar india yang tidak cemerlang dalam UPSR
Hingga ramai sekali yang lupa untuk belajar tujuan hidup......
cemerlang yang digambarkan dengan berapa A yang diperolehi
Saya pernah terbaca artikel yang di tulis oleh Abu Hassan Morad dalam majalah ANIS, GELI katanya mendapat jemputan pihak sekolah anaknya, untuk membincangkan berapa A yang perlu dicapai oleh anak-anak mereka......
sahsiah, akhlak, tingkah laku, budi bahasa pelajar?
walaupun buruk perangai, tapi kalau dapat 8A dalam PMR...itu dianggap pelajar cemerlang...
walaupun kurang ajar, tapi dapat score 4 flat...itu dianggap pelajar cemerlang
Percaya atau tidak itu yang berlaku.....
Ya...Pelajar kita semakin pandai
Tapi semakin kurang ajar
Tapi semakin lupa diri
Tapi semakin jauh dari Agama
Bukti?
lihat statistik jenayah dan masalah sosial lain dalam akhbar, majalah, internet dll......
lihat sendiri dan keluar bergaul dalam masyarakat......
lihat tingkah laku dan akhlak pelajar sekarang
lihat sendiri bagaimana kematangan mahasiswa di universiti
lihat sendiri sikap ibu bapa yang abaikan keluarga
lihat sendiri remaja berjemaah poteng sekolah dan berpeleseran
lihat sendiri mahasiswa IPT yang semakin rosak...
lihat sendiri semua yang ada dalam masyarakat sekarang
Anda lihat sendiri
Anda nilai sendiri...
Jangan tanya selera...tanya iman....itu pun kalau kita masih ada iman..
Baca artikel penuh...
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Jumaat, 28 Disember 2007
PMR 2007 dan peperiksaan UMUM....pelajar makin pandai???
Khamis, 27 Disember 2007
Kenduri di sana-sini
Di Batu Pahat
Sampai tiba di Semerah pada pukul 6.20 petang. Bain dan Gmat perlu pulang terlebih dahulu dan kami disertai saudara Faiz Ateman yang menunggu di Parit Sulong. Saya menunggu saudar Hafiz Subahir menunjukkan temapt kenduri. Semasa tiba, meja-meja sudah pun dikemas dan pengantin (Anuar Sajari) sedang menyental periuk.
(tiada gambar diambil)
Terkandas………
Sebelum ke KL, kami telah terkandas di Melaka kerana bateri kereta yang sudah nazak. Sebelum ini kereta buat hal di Batu Pahat, namun berjaya diatasi dengan menukar sebentar bateri kereta. Sangkaan bateri akan di cas semula selepas berhenti di Melaka meleset. Kereta hanya boleh dihidupkan enjin dengan “ditolak” dahulu.
Alhamdulillah mujur ada sahabat yang sudi membantu.
gewe yang membantu kami
Terima kasih kepada saudari Ain dan keluarganya di Melaka kerana sudi menerima tetamu pada lewat malam dan membenarkan kami menginap semalaman. Terima kasih juga membantu memanggil mekanik walaupun jam sudah menunjukkan jam 11 malam. Allah jua mampu membalasnya.
Kenduri di KL
Sabtu, 22 Disember 2007
sedikit cerita......
Assalamualaikum
Sempat lagi menulis untuk Aidiladha kali ini. Selamat menyambut Aidiladha kepada semua umat Islam. Moga sama-sama memperoleh pengajaran dari peristiwa Aidiladha ini. Tahun ini saya dan keluarga menyambut Aidiladha di Mersing. Semua ada kecuali adik yang belajar di UPM yang sibuk training hoki. Atletlah katakan.
Kali ini saya mendapat pengalaman baru bersolat hari raya di markaz PAS Air Merah, Mersing. Setelah didesak oleh makcik saya, saya pergi juga walaupun berat hati. Dekat sahaja dengan rumah nenek, saya pergi menaiki motorsikal bersama pakcik saya(ada bau2 bacang). Sepanjang atas motor baru saya tahu dia merupakan penyokong kuat PAS. Sempat juga saya diceramahkan atas motor tentang kewajipan menyokong PAS. Keluar hujjah-hujjah menyokong pendapatnya.
.jpg)
Tetapi saya sedikit kecewa dengan cara "dakwahnya" pada saya, seperti menganggap saya anak kecil yang tak tahu apa-apa. Dan caranya juga dilihat keras dan memaksa. Saya biarkan sahaja. Bukan membenci, cuma kecewa metode dakwahnya (pakcik saya) yang kurang berkesan. Jika cara dakwah keras dan terlalu memaksa, bagaimana nak menarik orang pada ISLAM? Sedangkan Islam itu agama yang MUDAH. "buat apa kita hendak sembahyang di masjid yang tolak Islam tu? baik kita solat di sini." antara ayat yang kurang menyenangkan hati saya.
Saya yang mempunyai basic Syariah juga kurang merasa tertarik untuk mendengar penjelasannya. Bagaimana pula nak menarik belia-belia dan remaja yang bermasalah di luar sana?
Ada juga benarnya...Tetapi jika kita nak berdakwah, perlu dekat dengan masyarakat, dekat dengan sasaran dakwah. Tapi kalau kita terus tinggalkan, tak dekati, dan hanya tahu menyalahkan mereka !00%, bagaimana nak dakwah? Bagi saya itu terus akan memburukkan imej orang dakwah, hanya tahu menyalahkan, tanpa mendekati dan membimbing mereka. Contohnya masalah dikalangan remaja. Mereka perlu didekati, dibimbing. Kita perlu berkawan dengan mereka. Bukan hanya tahu marah, menyalahkan, seolah-olah kita sahaja betul, mereka sahaja yang salah. Mungkin rakan saya UMMU HANI lebih tahu mengenai hal dakwah ini berbanding saya.
Terkenang kata-kata Tuan Guru Nik Aziz "kita kena banyak bercakap pasal Islam, bukan pasal parti PAS, sebab matlamat kita nak tarik masyarakat kembali kepada ISLAM" (lebih kurang begitu yang ada dalam ingatan saya)
Nak berdakwah, kena betul juga caranya kan...Teringat pada artikel yang ditulis oleh ustaz Hasrizal yang menceritakan bagaimana bila dia ditanya oleh seorang remaja mengenai kewajipan bertudung. Sila lawati dan baca entry tersebut di saifulislam.com
Baiklah berbalik pada cerita Aidiladha saya. Solat dan khutbah di markaz tersebut berjalan lancar. Khutbah Alhamdulillah tidak meleret-leret. Padat dan penuh pengisian, namun ada berbau politik, biasalahkan...Namun perkara itu sememangnya perlu diucapkan.
Selepas solat, saya pulang menukar baju untuk membantu menyembelih lembu di markaz tersebut. Sambutan orang ramai amat menggalakkan. Ramai sekali yang datang membantu. Saya hanya dapat membantu mengepung dan menarik lembu, memegang semasa melapah dan tak lupa juga tolong makan tengah hari. Sebanyak 14 ekor lembu dikorbankan dan kerja-kerja menyembelih dan memotong-motong daging semuanya selesai pada waktu zohor. Sungguh pantas kerja-kerja yang dilakukan, hasil kerjasama daripada orang ramai yang hadir.
Antara gambar yang di ambil
.jpg)
pasrah menunggu ajal
.jpg)
saat dikorbankan
.jpg)
daging dilapah
Ini sahaja buat masa ini. Doakan saya mempunyai idea untuk menulis sedikit tentang NASYID.
Rabu, 19 Disember 2007
PC fair, hal warga afrika dan masalah sosial.
Beberapa minggu lepas saya dan kawan saya encik pidut pergi ke PC fair di KLCC. Saya tidak ada apa pun yang hendak dibeli, cuma meninjau-ninjau. Ini adalah kali pertama ke PC fair di KLCC. Sebenarnya saya menemankan Pidut untuk membeli kamera bagi pihak adiknya.
Sebenarnya memang tak rancang hendak ke sana, sengaja singgah di Sungai Penchala sementara tunggu masa untuk menonton perlawanan hoki di bukit jalil antara Malaysia dan Sepanyol yang akhirnya berkesudahan Malaysia tewas 2-7. Kami menaiki LRT dari KL sentral ke KLCC. Keadaan amat sesak sekali di KL. Jangkaan saya mereka juga ingin pergi ke PC fair.
warga afrika (juga diulas oleh encik pidut dengan lebih teliti di blog)
Semasa di dalam LRT kebetulan kami disapa oleh 2 orang warga Afrika yang datang ke Malaysia untuk urusan perniagaan. Seorang kristian dan seorang Muslim. Agak peramah dan umurnya lebih kurang sebaya dengan kami (tak ingat berapa). Saya juga sudah lupa nama mereka. Perbualan dilakukan menggunakan bahasa Inggeris. Walaupun English saya agak berterabur, namun mereka dapat memahaminya dengan jelas. Alhamdulillah.
Tiba-tiba saya dikejutkan dengan satu soalan agak sensitif. Soalan yang berbau perkauman dan diskriminasi warna kulit. "Malaysia people don't like african?they don't like black people?" lebih kurang begitulah maksudnya. Saya bertanya mengapa mereka kata begitu? Ini adalah atas pengalaman mereka sendiri yang terkena dengan sikap melayu moden yang "sangat bersopan santun dan budi bahasa!!!" seperti dalam kepala masyarakat kita tertanam dasar Arpateid secara halus..Mereka dipandang serong dan diherdik / dibentak dengan keras hanya kerana berbual-bual dan bertanyakan soalan kepada seorang gadis Melayu. "They say this to me - Hey what are doing talking to that girl!!!! - is it wrong having a chat with malay girls? I've been to many country such as Saudi Arabia, America, turkey and I have no problem when talking to local girls. But it seems different here..."
(maaf jika ada kesalahan ejaan dan tatabahasa)
Kami sebagai orang Melayu, Muslim dan warganegara Malaysia agak malu dengan soalan mereka. Agak mendukacitakan hal ini terjadi dalam masa yang sama kita di war-warkan sebagai masyarakat yang berbudi bahasa dan bersopan santun. Kami memohon maaf kepada mereka dan menjelaskan mengapa hal ini boleh berlaku. Walaubagaimanapun kami pasti hal ini akan diingati oleh mereka seumur hidup.
Kebetulan kami menuju ke destinasi yang sama. Jadi kami sempat menunjukkan sedikit kepada mereka tempat-tempat di Suria KLCC. Mereka mengucapkan berbanyak terima kasih kerana melayan mereka. Kami tidak pernah berjumpa mereka lagi selepas itu. Saya secara peribadi sangat terkesan dengan perbualan tersebut. Malu dan sedih sebagai umat Islam. Warga afrika yang beragama Kristian itu berbual mesra dengan kami dan sentiasa sahaja tersenyum. Berbanding dengan tingkah laku muslim di Malaysia yang terus terhakis nilai-nilai mulia dalam diri.
Sedih juga berjalan di KLCC melihat akhlak remaja Muslim yang semakin jelas teruk. Rasanya seperti tiada beza dengan pakaian muda-mudi sekarang dengan remaja di barat. Bagi yang perempuan, mudah sahaja menayang lurah di dada. Yang lelaki dengan gaya rambut dan pakaian yang entah apa-apa.
Isnin lepas saya ke MPH Midvalley untuk mencari buku. Semasa membelek buku yang baru di beli, seorang perempuan bertudung bersama lelaki duduk berbual di tepi saya. Lawa perempuannya hehehe..... Tetapi saya dengan mudah dapat melihat jalur gemilang seluar dalam perempuan tersebut. Kulitnya memang boleh nampak jelas (jangan salah sangka..saya bukan kaki skodeng!) Saya jadi malu sendiri dan terus angkat kaki dari situ.
Itu hanya sedikit contoh yang berlaku dalam masyarakat di Malaysia hari ini.
hmmmm...Bila fikir-fikir semula, ini ke negara Islam yang dipandang hebat oleh negara luar?
NFB3 dan nasyid
Assalamualaikum
Sempat menulis kali ini kerana berada di kampung halaman...Lama juga rasanya tak balik kampung. Kucing-kucing nampaknya masih sihat dan cukup makan. dan semakin manja nampaknya.
Nak jelaskan sedikit tentang nama blog, kenapa NFB3. Itu merupakan singkatan nama saya Nur Fauzi bin Bassar. Nombor 3 dipilih kerana saya merupakan anak yang ke-3 dalam keluarga. Jika letak NFB sahaja, singkatan yang sama dengan 2 orang abang saya - Nur Fadhli Bassar dan Nur Fahmi Bassar. Setakat ini, itu nama yang dipilih. Mungkin akan ditukar jika ada nama lain yang sesuai.
Sedar tak sedar lama juga terlibat dengan nasyid ni. Bermula agak lewat semasa di tingkatan 4 sebagai watak tempelan yang tak penting, hingga menjadi antara pemain utama semasa di tingkatan 6. Walaubagaimanapun di sekolah, pencapaiannya tak hebat pun. Paling baik tempat ke-3 saingan peringkat negeri. Tambahan pula saya cuma berperanan sebagai pemain alat perkusi (congga) yang selalunya tidak kelihatan atas pentas kerana dilindung oleh vokalis lain.
Masuk ke IPTA (UM), minat masih lagi diteruskan. Malah itulah satu-satunya aktiviti luar kuliah yang paling aktif saya sertai, walaupun tidak berdaftar dibawah mana-mana persatuan dan bergerak secara sendiri. Kerap juga menerima undangan dalam UM dan sesekali di luar kampus. Namun peranan dari pemain perkusi di sekolah, tugas beralih pada menjadi vokalis latar harmoni dan sesekali vokal solo. Permulaannya amat sukar, kerana memerlukan suara yang tinggi dan pernah menjadi bahan jenaka di atas pentas......pengalaman tu....
Hasilnya, walaupun tak sebaik penyanyi profesional, tapi bolehlah kalau nak menyanyi sikit-sikit. Tak la sumbang sangat bunyinya.
Kami juga bersyukur kerana kumpulan ini diberi peluang melatih kumpulan nasyid Sekolah Seri Puteri di Kuala Lumpur selama 2 tahun. InsyaAllah tahun 2008 akan dijemput sekali lagi.
Hasilnya, adik saya yang mendesak untuk dibeli kaset Raihan dulu, kurang berminat lagu nasyid, tetapi saya yang dulunya tidak minat, menjadi sangat tertarik dengan alunan nasyid yang mendidik hingga sekarang. Walaubagaimanapun saya tidak meminggirkan irama muzik lain. Masih juga dengar (yang minat sahaja), tapi nasyid adalah hiburan no 1 di hati. Dan Alhamdulillah, Allah anugerahkan saya sedikit bakat dalam seni suara dan telinga yang peka dengan nyanyian yang sumbang. Harap suara ini dapat digunakan untuk kebaikan, dan dijauhkan dari penyalahgunaan seperti untuk popular, mencari publisiti, riak dan macam-macam lagi. Na'uzubillah.....
Post yang akan datang mungkin akan menjelaskan serba sedikit tentang nasyid dan peranannya dalam menjadi hiburan alternatif yang mendidik.
Dibawah ini link untuk mendengar hasil rakaman suara saya dan kumpulan. Kami masih belajar. Sebarang kekurangan harap maafkan.
fawawzaiya.multiply.com
atau dengarkan 2 zikir ringkas di imeem.com
lailahaillallah
kem anak yatim dan habis pengajian
Lama sungguh rasa tak menulis di blog ni. Minta maaf pada sesiapa yang view, tapi isinya masih juga sama. Beberapa minggu kebelakangan ini sya tak ke mana-mana pun. banyak berada di sekitar KL sahaja. Kontrak sebagai Pembantu Penyelidik telah pun tamat bermula bulan 12. Jadi saya mempunyai masa yang sangat banyak untuk rehat hehe....
Nak berkongsi cerita kem sahsiah diri muslim anak yatim Melaka, anjuran JKM Melaka. Program telah diadakan bermula 1 hingga 4 Disember bertempat di kem PLKN Air Keroh. Saya dikemput oleh kawan saya, pemilik JAZIM Motivation untuk menjadi fasilitator memandangkan syarikatnya dipilih untuk mengendalikan program. Semuanya berjalan lancar semasa pendaftaran pada hari pertama.
Namun masalah timbul apabila terlalu banyak campurtangan kuasa oleh pihak penganjur yang membuatkan program tidak lancar seperti dalam perancangan. Memang angin satu badan dibuatnya. Kebanyakan yang dijanjikan pihak penganjur indah kabar dari rupa. Namun tanggungjawab yang telah diberi tetap kami teruskan dengan sabar.
Macam-macam juga kerenah anak yatim ni. Pening juga mula-mula nak kawal. Tapi alhamdulillah mereka semakin rapat dengan kami sehingga hujung program. Datang kerana di paksa, tapi bila masa nak balik, ada ramai juga yang melimpah air mata, lebih-lebih lagi peserta perempuan.
Secara keseluruhannya program berjalan dengan baik, tetapi bagi saya kurang berkesan dari segi penerapan nilai-nilai sahsiah diri muslim. pelaksanaan sukar dibuat. Biasalah bila satu kapal ada 3 nakhoda, bertelagah jadinya. Sama seperti program ni.
(maaf kerana tiada sebarang gambar dapat dipamerkan)
Habis pengajian
Saya secara rasminya telah menamatkan pengajian di UM. Alhamdulillah syukur tak terkata pada Allah. Kawan-kawan seangkatan telah 2 tahun konvo, meninggalkan saya yang terpaksa tangguh pengajian kerana disebabkan masalah yang tak dapat diceritakan. Keputusan tak cemerlang pun. Biasa sahaja. Cuma 3.24, amat jauh berbanding kawan-kawan lain yang lebih cemerlang.Terima kasih kepada ketua jabatan, Dr Patmawati yang membenarkan saya bekerja sebagai pembantu sambil menyiapkan penulisan projek paper.
Selepas ini rasanya saya akan memohon intuk ijazah sarjana di tempat yang sama. Harap pensyarah di Jabatan tak serik dan jemu melihat muka yang sama ini. Maklumnlah lama sangat tangguh hehehe....
Jadi sementara ini, cubalah cari apa-apa kerja yang patut, asalkan halal. Hutang masih ada RM 2000 dengan UM. Tak bayar, tak konvo jawabnya.
Hingga bertemu lagi. Doakan saya punya idea untuk dikongsi bersama, agar dapat memberi manfaat pada sesiapa yang membaca. Sebarang cadangan boleh diajukan.

